Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bab 2
12. Pembeli dan pemaju hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Setiap pembeli hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, berkenaan dengan petaknya kepada pemaju bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama di dalam suatu kawasan pemajuan.
Pemaju hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual, yang merupakan suatu jumlah wang yang bersamaan dengan Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, yang kena dibayar oleh pembeli kepada pemaju sekiranya petak itu telah dijual.
Jumlah Caj yang kena dibayar di bawah subseksyen (1)
dan (2) hendaklah ditentukan oleh pemaju mengikut kadar unit syer yang diumpukkan kepada setiap petak.
Jumlah caruman kepada kumpulan wang penjelas yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah suatu jumlah wang yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada Caj.
Pembeli hendaklah, dalam masa empat belas hari dari penerimaan notis daripada pemaju, membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada pemaju dan jika apa-apa jumlah wang masih tidak dibayar oleh pembeli itu berkenaan dengan petaknya apabila habis tempoh empat belas hari itu, pemaju boleh mendapatkan jumlah wang itu mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 34.
Jika apa-apa jumlah wang masih tidak dibayar oleh pembeli berkenaan dengan petaknya apabila habis tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam subseksyen (5), pembeli itu hendaklah membayar bunga pada kadar sepuluh peratus setahun atas dasar harian.
Undang-Undang Malaysia 34
Mana-mana pembeli yang tidak berpuas hati dengan jumlah wang yang ditentukan oleh pemaju di bawah subseksyen (3) atau
boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk suatu kajian semula dan Pesuruhjaya boleh—
menentukan jumlah wang yang kena dibayar sebagai
Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas itu;
atau
mengarahkan pemaju untuk melantik, atas kos dan perbelanjaan pemaju sendiri, seorang pengurus harta berdaftar untuk mengesyorkan jumlah wang yang kena dibayar sebagai Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas, dan mengemukakan suatu salinan laporan pengurus harta berdaftar itu kepada Pesuruhjaya.
Apabila menerima laporan di bawah perenggan (7)(b),
Pesuruhjaya hendaklah menentukan jumlah wang yang kena dibayar sebagaimana yang difikirkannya adil dan munasabah, dan apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Pesuruhjaya sedemikian hendaklah disifatkan sebagai jumlah wang yang kena dibayar sebagai Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas.
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bahagian V
Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Bab 6
Bahagian VI
Ejen Pengurusan
Bahagian VII
Deposit untuk Membaiki Kecacatan
Bahagian VIII
Insurans
Bahagian IX
Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Bahagian
Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Bahagian X
Penguatkuasaan
Bahagian XI