Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bab 2
13. Larangan pemungutan wang sebelum akaun dibuka
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh pada bila-bila masa memungut apa-apa Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas daripada mana-mana pembeli bagi penyenggaraan dan pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama melainkan jika—
suatu akaun penyenggaraan dan suatu akaun kumpulan wang penjelas telah dibuka berkenaan dengan kawasan pemajuan itu; dan
milikan kosong petak yang dibeli oleh pembeli telah diserahkan kepada pembeli itu.
Pengurusan Strata 35
Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana pemaju sesuatu kawasan pemajuan yang telah disiapkan pada atau sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan telah, sebaik sebelum tarikh itu, memungut wang daripada pembeli bagi penyenggaraan dan pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan itu, boleh terus berbuat demikian sehingga badan pengurusan bersama ditubuhkan, dengan syarat bahawa semua wang hendaklah dipungut dan diuruskan oleh pemaju mengikut Akta ini.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bahagian V
Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Bab 6
Bahagian VI
Ejen Pengurusan
Bahagian VII
Deposit untuk Membaiki Kecacatan
Bahagian VIII
Insurans
Bahagian IX
Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Bahagian
Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Bahagian X
Penguatkuasaan
Bahagian XI