Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bab 2

16. Baki yang tidak dipindahkan hendaklah terletak hak pada badan pengurusan bersama

(1)

Jika apa-apa baki wang dalam akaun penyenggaraan dan dalam akaun kumpulan wang penjelas tidak dipindahkan oleh pemaju di bawah perenggan 15(1)(a), wang itu hendaklah terletak hak pada badan pengurusan bersama pada tarikh habis tempoh pengurusan pemaju.

(2)

Apa-apa hak, kuasa atau remedi yang diberikan kepada pemaju di bawah Bahagian ini berkenaan dengan Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas, dan apa-apa aset lain bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas, hendaklah terletak hak pada badan pengurusan bersama pada tarikh habis tempoh pengurusan pemaju, dan badan pengurusan bersama itu hendaklah mempunyai hak, kuasa dan remedi yang sama seolah-olah ia telah pada setiap masa menjadi suatu hak, kuasa atau remedi badan pengurusan bersama itu, termasuk hak berkenaan dengan apa-apa prosiding undang-undang atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa oleh pemaju yang belum selesai sebaik sebelum habis tempoh pengurusan pemaju.

(3)

Apa-apa penghakiman atau award mana-mana timbang tara atau tribunal lain yang diperoleh oleh pemaju berkenaan dengan

Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas dan apa-apa aset lain bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas, dan tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya sebelum habis tempoh pengurusan pemaju boleh dikuatkuasakan oleh badan pengurusan bersama.

Report

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bahagian V

Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules