Seksyen 216
Cara membayar
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 216 of 248
Seksyen 216
(1)
Pembayaran daripada Mahkamah—
(a)
jika tidak melebihi lima puluh ringgit, boleh dibuat secara tunai; dan
(b)
jika lima puluh ringgit atau lebih, hendaklah dibuat melalui cek yang kena dibayar kepada penerima, dipalang dan diendorskan “tak boleh niaga” dan ditanda “Boleh dibayar hanya dalam masa 90 hari dari tarikh”.
(2)
Cek yang tidak ditunaikan dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh cek itu boleh diperbaharui atau diganti.