Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian XXII · Wang dan Harta di dalam Mahkamah

220. Section 220

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, dana di dalam Mahkamah dan semua barang kemas, sekuriti dan harta alih, selain wang, dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang dikehendaki bagi maksud pendengaran atau prosiding, yang tidak dituntut selepas lima belas tahun, hendaklah menjadi harta dan terletak hak pada Baitulmal.

(2)

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak menuntut dan jika berpuas hati bahawa pihak menuntut itu berhak kepada wang atau harta yang terletak hak pada Baitulmal di bawah subseksyen (1), memerintahkan Baitulmal membayar wang atau memulangkan harta itu atau nilai harta itu kepada pihak menuntut itu.

Report

Bahagian XXIII

Kos, Elaun dan Fi Mahkamah

Bahagian XXIV

Penghinaan Mahkamah

Bahagian XXV

Pelbagai

Schedules