Seksyen 217
Kiriman melalui pos
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 217 of 248
Seksyen 217
(1)
Pendaftar boleh mengikut budi bicaranya atau jika diminta sedemikian mengirimkan melalui pos apa-apa wang yang hendak dibayar daripada Mahkamah.
(2)
Jika apa-apa wang dikirimkan melalui pos, Pendaftar hendaklah mendapatkan resit baginya selepas kiriman dibuat dan tanggungjawab kerana kehilangannya hendaklah ditanggung oleh penerima.