Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian VIII · Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie
68. Section 68
Feedback & supportMajlis Peguam Syarie hendaklah, dengan kelulusan Menteri, membuat kaedah-kaedah untuk menguatkuasakan seksyen ini dan tanpa menyentuh keluasan seksyen 65 dan 67, kaedah-kaedah itu hendaklah menetapkan jenis dan takat pemeriksaan yang hendak dibuat oleh akauntan itu ke atas buku dan akaun firma mana-mana Peguam Syarie dan ke atas apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan tujuan bagi penyediaan laporan yang hendaklah dikemukakan oleh Peguam Syarie itu di bawah seksyen ini.
Kaedah-kaedah yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk peruntukan bagi—
membenarkan dalam apa-apa hal keadaan khas yang ditakrifkan dalam kaedah-kaedah itu suatu tempoh perakaunan yang berlainan daripada tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 67(3); dan
mengawal selia apa-apa perkara mengenai tatacara atau perkara yang bersampingan atau yang menjadi tambahan kepada seksyen ini.
Profesion Guaman Syarie 57
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Mana-mana Peguam Syarie yang tidak mematuhi seksyen ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah tertakluk pada prosiding tatatertib.