Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian VIII · Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie
69. Peguam Syarie tidak boleh dengan sengaja dan dengan diketahuinya bertindak sebagai ejen
Feedback & supportMana-mana Peguam Syarie tidak boleh dengan sengaja dan dengan diketahuinya—
bertindak sebagai ejen dalam apa-apa jenis prosiding undang-undang atau dalam apa-apa perkara yang di bawah Akta ini hanya boleh dilakukan oleh Peguam Syarie yang mempunyai
Perakuan Amalan Tahunan yang sah;
membenarkan namanya digunakan dalam mana-mana prosiding undang-undang atau perkara bagi pihak atau bagi keuntungan mana-mana Peguam Syarie yang lain, atau menghantar apa-apa proses kepada Peguam Syarie yang lain; atau
melakukan apa-apa perbuatan lain yang membolehkan Peguam
Syarie itu hadir, bertindak, menjalankan amalan atau berupa sebagai menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie dalam apa-apa prosiding atau perkara itu.
Peguam Syarie tidak boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa untuk mengendalikan apa-apa akaun bank atas namanya atau atas nama firmanya dan yang disenggara olehnya atau oleh firmanya yang berkaitan dengan amalannya sebagai Peguam Syarie.
Mana-mana Peguam Syarie yang berlanggaran dengan subseksyen (1)
atau (2) hendaklah tertakluk pada prosiding tatatertib.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
Peguam Syarie tidak boleh mengguna khidmat seorang bankrap yang belum dilepaskan, dsb.