Skip to content

Seksyen 72

Membuat perkiraan apabila Peguam Syarie digantung daripada menjalankan amalan

of Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019

ActIn forceProvision 73 of 94
Seksyen 72
(1)

Jika nama Peguam Syarie dikeluarkan daripada Daftar atau jika

Peguam Syarie digantung daripada menjalankan amalan, Peguam Syarie itu hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh material, memuaskan hati Majlis Peguam Syarie bahawa dia telah membuat perkiraan yang sesuai untuk menyediakan bagi anak guamnya atau bagi Peguam Syarie lain yang diarahkan oleh anak guamnya atau olehnya sendiri—

(a)

semua surat ikatan, wasiat, dokumen yang menjadi atau menerangkan hak milik apa-apa harta, kertas, buku akaun, rekod, baucer dan dokumen lain yang ada dalam milikan atau kawalan

Peguam Syarie atau firmanya, rakan kongsi atau pekerjanya atau yang berhubungan dengan apa-apa amanah yang dia menjadi pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih rakan kongsi atau pekerjanya; dan

(b)

semua wang yang kena dibayar olehnya atau oleh firmanya kepada anak guamnya, atau yang dipegang olehnya atau oleh firmanya bagi pihak anak guamnya atau yang tertakluk pada sesuatu amanah di bawah perenggan (a).

(2)

Jika Peguam Syarie itu tidak memberikan penjelasan yang memuaskan hati Majlis Peguam Syarie, peruntukan Jadual Ketiga kepada Akta hendaklah terpakai bagi Peguam Syarie itu.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

(3)

Dalam subseksyen (1), “tarikh material” ertinya tarikh yang terkemudian sekali antara tarikh-tarikh yang berikut:

(a)

tarikh apabila perintah Lembaga Tatatertib atau perintah

Mahkamah Tinggi Syariah yang dengannya atau yang menurutnya nama Peguam Syarie itu dikeluarkan atau dipotong daripada

Daftar, atau Peguam Syarie itu digantung daripada menjalankan amalan, akan mula berkuat kuasa;

(b)

tarikh terakhir yang sesuatu rayuan terhadap perintah dalam perenggan (a) boleh dibuat; atau

(c)

tarikh sesuatu rayuan di bawah perenggan (b) ditolak atau ditarik balik.

(4)

Dalam seksyen ini dan Jadual Ketiga kepada Akta, perkataan

“amanah” dan “pemegang amanah” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam subseksyen 65(4).