Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian VIII · Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie
71. Mengambil alih harta, dsb., oleh Majlis Peguam Syarie
Feedback & supportMajlis Peguam Syarie boleh, jika mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana Peguam Syarie, rakan kongsi atau pekerjanya telah melakukan suatu kesalahan kecurangan berkaitan dengan amalan Peguam Syarie itu sebagai Peguam Syarie atau berkaitan dengan apa-apa amanah yang Peguam Syarie itu menjadi pemegang
Profesion Guaman Syarie 59
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih rakan kongsi atau pekerjanya, mengeluarkan suatu perakuan bagi maksud itu.
Apabila perakuan itu dikeluarkan, apa-apa harta, dokumen kepunyaan, atau wang yang kena dibayar kepada, anak guam Peguam Syarie atau apa-apa amanah yang dipegang oleh Peguam Syarie itu, rakan kongsi atau pekerjanya hendaklah diuruskan oleh Majlis Peguam Syarie mengikut peruntukan Jadual
Ketiga kepada Akta.