Seksyen 40
Kuasa melantik pemegang amanah baharu atau tambahan
Jika seseorang pemegang amanah, sama ada yang asal atau gantinya, dan sama ada dilantik oleh Mahkamah atau selainnya, telah mati, atau berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan, atau berhasrat supaya dilepaskan daripada kesemua atau mana-mana amanah atau kuasa yang ada atau yang diberi kepadanya, atau tidak layak atau tidak berdaya bertindak bagi amanah itu, atau, belum dewasa, maka, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
Akta ini ke atas bilangan pemegang amanah—
(a)
orang atau orang-orang yang dinamakan bagi maksud melantik pemegang amanah baharu dalam surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu; atau
(b)
jika tidak ada orang sedemikian, atau tidak ada orang itu yang mampu dan sanggup bertindak, maka pemegang-pemegang amanah yang masih hidup atau berterusan atau pemegang amanah pada masa itu, atau wakil diri pemegang amanah yang terakhir sekali yang tinggal hidup atau pemegang amanah berterusan,
Pemegang Amanah 51
boleh, secara bertulis, melantik seorang atau beberapa orang (sama ada dia orang yang menjalankan kuasa itu atau tidak) menjadi pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu sebagai ganti pemegang amanah yang telah mati, yang tinggal di luar Malaysia, yang berhasrat supaya dilepaskan, yang enggan, atau yang tidak layak atau tidak berdaya, atau yang belum dewasa, sebagaimana tersebut dahulu.
(2)
Jika seseorang pemegang amanah telah dipecat di bawah kuasa yang terkandung dalam surat cara yang mewujudkan amanah itu, pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu boleh dilantik sebagai ganti pemegang amanah yang dipecat itu, seolah-olah dia telah mati, atau, jika sekiranya suatu perbadanan, seolah-olah perbadanan itu berhasrat supaya dilepaskan daripada amanah itu, dan seksyen ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya, tetapi tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Akta ini ke atas bilangan pemegang-pemegang amanah.
(3)
Jika sesuatu perbadanan yang menjadi pemegang amanah dibubar atau telah dibubarkan, sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, maka, bagi maksud seksyen ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang digantikannya, perbadanan itu hendaklah, mulai dari tarikh pembubaran itu, disifatkan sebagai dan telah menjadi tidak berdaya bertindak melaksanakan amanah atau menjalankan kuasa yang ada pada atau diberi kepada perbadanan itu.
(4)
Kuasa pelantikan yang diberi oleh subseksyen (1) atau mana-mana undang-undang bertulis sebelumnya yang serupa kepada wakil diri pemegang amanah yang terakhir sekali tinggal yang hidup atau pemegang amanah berterusan boleh dijalankan dan hendaklah sentiasanya disifatkan boleh dijalankan oleh wasi pada masa itu (sama ada yang asal atau gantinya) bagi pemegang amanah yang masih hidup atau pemegang amanah berterusan yang telah membuktikan wasiat pewasiat mereka atau oleh pentadbir pada masa itu bagi pemegang amanah sedemikian tanpa memerlukan persetujuan mana-mana wasi yang telah menolak atau yang masih belum membuktikan wasiat pewasiat mereka.
(5)
Bagaimanapun seseorang wasi tunggal, atau wasi yang terakhir tinggal yang hidup yang bercadang hendak menolak, atau ke semua
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
wasi jika kesemua mereka bercadang hendak menolak, hendaklah mempunyai kuasa dan hendaklah sentiasanya disifatkan mempunyai kuasa, pada bila-bila masa, sebelum probet ditolak, untuk menjalankan kuasa pelantikan yang diberi oleh seksyen ini, atau oleh mana-mana enakmen sebelumnya yang serupa, jika mereka sanggup bertindak bagi maksud itu dan tanpa dengan yang demikian itu menerima jawatan wasi itu.
(6)
Jika seseorang pemegang amanah tunggal, selain perbadanan amanah dilantik atau telah dilantik pada asalnya untuk bertindak bagi sesuatu amanah, atau jika, dalam hal mana-mana amanah, terdapat tidak lebih daripada tiga orang pemegang amanah (tiada seorang pun daripada mereka merupakan suatu perbadanan amanah) sama ada yang asal atau yang diganti dan sama ada dilantik oleh Mahkamah atau selainnya, maka dan dalam mana-mana hal sedemikian—
(a)
orang atau orang-orang yang dinamakan bagi maksud melantik pemegang amanah baharu oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu; atau
(b)
jika tidak ada orang sedemikian, atau tidak ada orang itu yang mampu dan sanggup bertindak, maka pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah pada masa itu, boleh, secara bertulis, melantik seorang lain atau orang-orang lain menjadi pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah tambahan itu, tetapi adalah tidak wajib baginya melantik mana-mana pemegang amanah tambahan, melainkan jika surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu, atau mana-mana undang-undang bertulis memperuntukkan selainnya, dan bilangan pemegang amanh itu tidak boleh ditambah hingga melebihi empat orang menurut sesuatu pelantikan sedemikian.
(7)
Tiap-tiap pemegang amanah baharu yang dilantik di bawah seksyen ini, sama ada sebelum atau pun selepas keseluruhan harta amanah itu terletak hak padanya melalui undang-undang atau secara ansurans atau selainnya, hendaklah mempunyai kuasa, wibawa, dan budi bicara yang sama, dan boleh dalam semua hal bertindak seolah-Pemegang Amanah 53
olah dia telah dilantik pada asalnya menjadi pemegang amanah oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu.
(8)
Peruntukan seksyen ini yang berhubungan dengan pemegang amanah yang telah mati termasuk hal orang yang dinamakan pemegang amanah dalam sesuatu wasiat telah mati lebih awal daripada pewasiat, dan peruntukan yang berhubungan dengan pemegang amanah berterusan termasuk pemegang amanah yang menolak atau yang bersara, jika mereka sanggup bertindak menjalankan peruntukan seksyen ini.
(9)
Jika seseorang yang kecelaruan mental atau tidak sempurna akal, yang menjadi pemegang amanah, adalah juga berhak memiliki apa-apa kepentingan benefisial pada harta amanah itu, pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah berterusan tidak boleh melantik pemegang amanah baharu sebagai ganti orang itu di bawah seksyen ini, melainkan kebenaran telah diberi oleh Mahkamah bagi pelantikan itu.