Skip to content

Seksyen 42

Keterangan mengenai kekosongan dalam sesuatu amanah

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 42 of 69
Seksyen 42
(1)

Sesuatu pernyataan yang terkandung dalam mana-mana surat cara yang berkuat kuasa selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, yang dengannya seorang pemegang amanah baharu dilantik bagi apa-apa maksud berhubungan dengan tanah, yang bermaksud bahawa seseorang pemegang amanah telah berada di luar Malaysia selama lebih dari dua belas bulan atau enggan atau tidak layak atau tidak berdaya bertindak, atau dia tidak berhak mendapat kepentingan benefisial pada harta amanah yang ada dalam milik, hendaklah, bagi faedah seseorang pembeli harta di sisi undang-undang, menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang dinyatakan itu.

(2)

Bagi faedah seseorang pembeli mana-mana pelantikan pemegang amanah baharu yang bergantung kepada pernyataan tersebut, dan apa-apa akuan meletak hak, yang nyata atau tersirat, yang berbangkit daripada pelantikan itu, adalah sah.