Seksyen 41
Peruntukan tambahan mengenai perlantikan pemegang amanah
Mengenai pelantikan pemegang amanah bagi ke semua atau mana-mana bahagian harta amanah─
(a)
bilangan pemegang amanah itu boleh, tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Akta ini ke atas bilangan pemegang amanah, ditambah;
(b)
suatu kumpulan pemegang amanah yang berasingan, tidak melebihi empat orang, boleh dilantik bagi mana-mana bahagian harta amanah itu yang dipegang atas amanah, berlainan daripada pemegang amanah yang berhubungan dengan mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian lain harta amanah itu, walaupun tidak ada pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah baharu dilantik atau akan dilantik bagi bahagian-bahagian lain harta amanah itu, dan mana-mana pemegang amanah yang ada boleh dilantik atau
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
terus kekal sebagai seorang daripada pemegang amanah bagi kumpulan pemegang amanah yang berasingan itu, atau jika hanya seorang pemegang amanah sahaja dilantik pada asalnya, maka, kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, seorang pemegang amanah berasingan boleh dilantik;
(c)
kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, adalah tidak wajib untuk melantik lebih daripada seorang pemegang amanah jika hanya seorang pemegang amanah sahaja telah dilantik pada asalnya, atau untuk memenuhi bilangan asal pemegang amanah itu jika lebih daripada dua orang pemegang amanah telah dilantik pada asalnya, tetapi, jika hanya seorang pemegang amanah sahaja telah dilantik pada asalnya, dan apabila dilantik pemegang amanah tunggal itu boleh memberi resit yang sah bagi kesemua wang modal, seseorang pemegang amanah tidak boleh dilepaskan daripada amanahnya melainkan jika terdapat suatu perbadanan amanah atau sekurang-kurangnya dua orang perseorangan untuk bertindak sebagai pemegang amanah bagi melaksanakan amanah itu; dan
(d)
apa-apa ansurans atau perkara yang dikehendaki bagi meletak hak harta amanah itu, atau mana-mana bahagiannya, pada seseorang pemegang amanah tunggal, atau bersesama pada orang-orang yang menjadi pemegang-pemegang amanahnya, hendaklah disempurnakan dan dilakukan.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan pelantikan seseorang pemegang amanah tunggal, yang bukannya suatu perbadanan amanah, jika pemegang amanah itu, apabila dilantik, tidak dapat memberi resit yang sah bagi kesemua wang modal yang diperoleh di bawah amanah itu.
Pemegang Amanah 55