Skip to content

Seksyen 43

Persaraan pemegang amanah tanpa perlantikan baharu

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 43 of 69
Seksyen 43
(1)

Jika seseorang pemegang amanah berhasrat supaya dilepaskan daripada amanah itu, dan selepas dia dilepaskan akan terdapat sama ada suatu perbadanan amanah atau sekurang-kurangnya dua orang perseorangan untuk bertindak sebagai pemegang amanah bagi melaksanakan amanah itu, maka, jika pemegang amanah yang tersebut dahulu mengaku secara bertulis bahawa dia berhasrat supaya dilepaskan daripada amanah itu, dan jika pemegang-pemegang amanah bersamanya dan mana-mana orang lain, jika ada, yang berkuasa melantik pemegang amanah, bersetuju secara bertulis tentang pelepasan pemegang amanah itu, dan tentang peletakhakkan harta amanah itu hendaklah, dengan surat cara itu, dilepaskan daripada amanah itu di bawah Akta ini, tanpa mana-mana pemegang amanah baharu dilantik sebagai gantinya.

(2)

Apa-apa ansurans atau perkara yang dikehendaki bagi meletakhakkan harta amanah itu hanya pada pemegang-pemegang amanah berterusan itu sahaja hendaklah disempurnakan atau dilakukan.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 208