Seksyen 44
Meletakhakkan harta amanah pada pemegang amanah baharu atau berterusan
Jika melalui suatu surat cara seorang pemegang amanah baharu dilantik bagi melaksanakan apa-apa amanah, maka—
(a)
jika surat cara itu mengandungi suatu akuan oleh pelantik yang bermaksud bahawa apa-apa kepentingan pada mana-mana harta alih dalam Negeri Johor, Kedah, Kelantan,
Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan
Terengganu, atau pada mana-mana tanah atau harta-benda dalam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, yang tertakluk kepada amanah itu, atau hak untuk mendapatkan atau menerima apa-apa hutang atau benda dalam tindakan lain yang tertakluk demikian, hendaklah terletak hak pada orang-orang yang menurut surat cara itu menjadi atau adalah pemegang amanah bagi melaksanakan amanah itu, akuan itu hendaklah berkuat kuasa, tanpa apa-apa pindah hak atau serah hak, untuk meletakkan kepentingan atau hak yang dimaksudkan oleh akuan itu kepada orang-orang itu sebagai pemunya bersama dan bagi maksud amanah itu, dan
(b)
jika surat cara itu dibuat pada atau selepas tarikh material dan tidak mengandungi akuan sedemikian, surat cara itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa peruntukan nyata yang berlawanan yang terkandung di dalamnya, berkuat kuasa seolah-olah ia ada mengandungi akuan oleh pelantik itu yang meliputi kesemua kepentingan dan hak yang mengenainya sesuatu akuan sepatutnya boleh dibuat.
(2)
Jika melalui suatu surat cara seseorang pemegang amanah yang akan bersara dilepaskan di bawah kuasa berkanun tanpa dilantik pemegang amanah baharu, maka—
(a)
jika surat cara itu mengandungi apa-apa akuan sebagaimana tersebut dahulu oleh pemegang amanah yang akan bersara atau pemegang amanah berterusan dan oleh orang lain, jika ada, yang berkuasa melantik pemegang
Pemegang Amanah 57
amanah, maka akuan itu hendaklah tanpa apa-apa serah hak atau pindah hak, berkuat kuasa memindahhakkan kepentingan atau hak yang dimaksudkan oleh akuan itu hanya kepada pemegang amanah berterusan itu sahaja, sebagai pemunya bersama dan bagi maksud amanah itu;
dan
(b)
jika surat cara itu dibuat selepas 1 September 1929, di
Negeri Melaka, dan Pulau Pinang, atau selepas 9
September 1932, di Negeri Johor, Kedah, Kelantan,
Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan
Terengganu, dan tidak ada mengandungi akuan sedemikian, surat cara itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa peruntukan nyata yang berlawanan dengan yang terkandung di dalamnya, berkuat kuasa seolah-olah ia ada mengandungi akuan demikian oleh orang-orang itu sebagaimana tersebut dahulu yang meliputi kesemua kepentingan dan hak yang mengenainya akuan itu sepatutnya boleh dibuat.
(3)
Suatu akuan meletak hak yang nyata, sama ada dibuat sebelum atau selepas berkuatkuasanya Akta ini, hendaklah, walaupun kepentingan atau hak yang hendak diletak hak itu tidak disebut dengan nyatanya, dan dengan syarat bahawa kehendak berkanun lain telah dipatuhi, berkuat kuasa dan hendaklah sentiasanya disifatkan telah berkuat kuasa (tetapi tanpa menyentuh mana-mana peruntukan nyata yang berlawanan yang terkandung dalam surat cara pelantikan atau pelepasan itu) untuk meletak hak pada orang-orang yang masing-masingnya disebut dalam subseksyen (1) dan (2), mengikut mana yang berkenaan, apa-apa kepentingan atau hak yang boleh dan sepatutnya diletak hak pada orang-orang itu.
(4)
Seksyen ini tidak diperluaskan—
(i)
bagi tanah yang dipindah hak dengan cara gadaian bagi menjamin bayaran wang yang tertakluk kepada amanah itu, kecuali tanah yang diserah hak atas amanah bagi menjamin debentur atau saham debentur;
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
(ii)
bagi tanah yang dipegang di bawah pajakan yang mengandungi sesuatu waad, syarat atau perjanjian yang tidak membenarkan serah hak atau pelupusan tanah tanpa kebenaran atau persetujuan, melainkan jika, sebelum penyempurnaan surat cara yang mengandungi dengan nyatanya atau secara tersirat akuan meletakhakkan itu, kebenaran atau persetujuan yang dikehendaki telah diperoleh, atau melainkan jika, menurut mana-mana undang-undang bertulis atau kaedah undang-undang, akuan meletak hak itu, yang nyata atau yang tersirat, tidak akan berkuat kuasa sebagai kemungkiran waad atau menyebabkan lucut hak.
(iii)
bagi apa-apa syer, stok, anuiti atau harta yang hanya boleh dipindahkan dalam buku yang disimpan oleh sesuatu syarikat atau badan lain, atau mengikut cara yang diarahkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(b)
Dalam subseksyen ini “pajakan” termasuk pajakan kecil dan perjanjian untuk sesuatu pajakan atau pajakan kecil.
(5)
Seksyen ini terpakai bagi surat cara yang disempurnakan selepas 1 Ogos 1886, di Negeri Melaka dan Pulau Pinang dan selepas 12 November 1920, di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri
Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu.