Seksyen 6
Pengemukaan maklumat yang berkaitan
of Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen-Ejen Harta Tanah 1981
Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang supaya mengemukakan kepadanya apa-apa maklumat berkaitan yang perlu untuk menjalankan fungsinya di bawah Akta ini dalam suatu borang dalam tempoh yang ditentukan, borang serta tempoh itu akan ditetapkan oleh Menteri.
*CATATAN—Sebelum ini, “lima ribu ringgit”– lihat Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 1997
[Akta A980].
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 15
dan Pengurus Harta
(2)
Maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk—
(a)
butir-butir mengenai penjualan, pembelian, keputusan lelong dan tender, penyewaan dan pemajakan; dan
(b)
apa-apa maklumat lain yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(3)
Jika setelah diberitahu tentang maksud maklumat itu dikehendaki dan tentang kuasa untuk berbuat demikian, mana-mana orang yang enggan mengemukakan maklumat yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan atau dengan sengaja memberi apa-apa maklumat palsu maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.