Seksyen 7
Kuasa perwakilan
of Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen-Ejen Harta Tanah 1981
(1)
Bagi maksud melaksanakan tujuan dan maksud
Akta ini dan menjalankan kuasa, tugas dan fungsinya, Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, mewakilkan kepada mana-mana pegawai di bawah kawalan pentadbirannya mana-mana kuasa, tugas dan fungsinya di bawah
Akta ini.
(2)
Apa-apa jua perwakilan seperti itu boleh dibuat mengenai apa-apa perkara tertentu atau mana-mana golongan perkara atau secara umum atau boleh dihadkan kepada mana-mana bahagian Malaysia dan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah.
(3)
Apa-apa jua perwakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan mengikut kehendak hati dan tidak melarang penjalanan atau pelaksanaan apa-apa kuasa, tugas atau fungsi oleh Ketua Pengarah.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 242