Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VI · Pengecualian Am dan Anggapan

53. Section 53

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, seseorang pemunya atau penduduk tanah boleh, dengan kelulusan bertulis

Pengarah, menggunakan getah burung bagi membinasakan secara suci hati burung-burung yang memakan bijirin yang didapati merosakkan atau membinasakan bijirin yang sedang tumbuh semasa tanaman itu masak atau sedang masak.

(2)

Pengarah boleh, apabila memberikan kelulusannya di bawah seksyen ini, memberikan arahan —

(a)

tentang pemasangan getah burung itu; dan

(b)

tentang pengawasan dan kawalan yang mencukupi terhadap penggunaan getah burung itu.

(3)

Seseorang pemunya atau penduduk tanah yang dibenarkan untuk menggunakan getah burung hendaklah mematuhi arahan dalam subseksyen (2).

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 716

(4)

Pemunya atau penduduk tanah hendaklah, apabila tanaman itu dituai, memusnahkan apa-apa getah burung dan apa-apa bekas, kayu atau apa-apa bahan lain yang padanya getah burung telah digunakan.

(5)

Seseorang pemunya atau penduduk tanah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Kesalahan dan Penalti

Bab 4

Bahagian VIII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules