Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VI · Pengecualian Am dan Anggapan

54. Menangkap atau membunuh hidupan liar untuk melindungi tanaman

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, jika mana-mana hidupan liar menyebabkan, atau terdapat sebab untuk mempercayai bahawa ia akan menyebabkan, kerosakan yang serius kepada tanam-tanaman, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok kayu yang sedang membesar, ayam ternakan atau haiwan ternakan dalam milikan seseorang pemunya atau penduduk tanah, pemunya atau penduduk itu atau mana-mana pekerja pemunya atau penduduk itu atau mana-mana pegawai boleh menangkap atau membunuh hidupan liar itu selepas terlebih dahulu menggunakan usaha yang munasabah untuk menakutkan hidupan liar itu supaya ia lari dan gagal untuk berbuat demikian.

(2)

Jika mana-mana hidupan liar telah menyebabkan kerosakan yang serius di bawah subseksyen (1) tetapi telah berhenti berbuat demikian, hidupan liar itu tidak boleh ditangkap atau dibunuh.

(3)

Pemunya atau penduduk tanah hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, melaporkan kepada mana-mana pegawai butir-butir mengenai kejadian itu, termasuk spesies hidupan liar, kerosakan dan senjata yang digunakan (jika ada) dan sama ada hidupan liar itu ditangkap atau dibunuh.

(4)

Mana-mana pemunya atau penduduk tanah atau pekerja pemunya atau penduduk tanah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pemuliharaan Hidupan Liar 43

(5)

Mana-mana hidupan liar yang ditangkap atau dibunuh di bawah seksyen ini hendaklah menjadi harta Negeri dan hendaklah tanpa kelengahan diserahkan kepada seorang pegawai.

Report

Bahagian VII

Kesalahan dan Penalti

Bab 4

Bahagian VIII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules