Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VI · Pengecualian Am dan Anggapan
55. Hidupan liar yang menjadi bahaya serta-merta terhadap nyawa manusia boleh dibunuh
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, mana-mana orang boleh membunuh mana-mana hidupan liar jika hidupan liar itu menjadi bahaya serta-merta kepada nyawa manusia.
Jika bahaya serta-merta kepada nyawa manusia itu ialah akibat daripada suatu provokasi atau pencederaan terhadap hidupan liar itu oleh orang yang membunuh hidupan liar itu, orang itu adalah terlepas daripada kesalahan hanya berkenaan dengan pembunuhan hidupan liar itu tetapi dia boleh dipertuduh berkenaan dengan provokasi atau pencederaan itu di bawah seksyen 88.
Mana-mana orang yang membunuh mana-mana hidupan liar menurut seksyen ini hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, melaporkan kepada mana-mana pegawai butir-butir mengenai kejadian itu, termasuk spesies hidupan liar yang telah dibunuh dan senjata yang telah digunakan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana hidupan liar yang dibunuh di bawah seksyen ini hendaklah menjadi harta Negeri dan hendaklah tanpa kelengahan diserahkan kepada mana-mana pegawai.