Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VI · Pengecualian Am dan Anggapan
51. Orang asli boleh memburu hidupan liar tertentu
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, seseorang orang asli boleh memburu mana-mana hidupan liar yang dilindungi yang dinyatakan dalam Jadual Keenam sebagai makanannya atau makanan anggota keluarganya.
Mana-mana hidupan liar yang dilindungi yang diburu di bawah subseksyen (1) tidak boleh dijual atau ditukarkan dengan makanan, keuntungan kewangan atau apa-apa benda lain.
Mana-mana orang asli yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
Pemuliharaan Hidupan Liar 41
sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.