Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VII · Kesalahan dan Penalti

68. Memburu, dsb., hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang —

(a)

memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya

(selain hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang tidak matang atau hidupan liar betina yang dilindungi sepenuhnya); atau

(b)

mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, tanpa suatu permit khas melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dan kesalahan itu membabitkan —

(a)

Pangolin (Manis javanica), Blood Python (Python brongersmai), Harlequin Monitor (Varanus rudicollis),

Dumeril’s Monitor (Varanus dumerilli) atau Clouded

Monitor (Varanus bengalensis), melebihi dua puluh kepala, hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;

(b)

Crested Argus (Rheinardia ocellata), Mountain Peacock

Pheasant

(Polyplectron inopinatum),

Great

Argus

(Argusianus argus), Green Peafowl (Pavo muticus),

Straw-headed

Bulbul

(Pycnonotus zeylanicus),

Rhinoceros

Hornbill

(Buceros rhinoceros),

Great

Pemuliharaan Hidupan Liar 49

Hornbill (Buceros bicornis), Plain-pouched Hornbill

(Aceros subruficollis) atau Helmeted Hornbill (Rhynoplax vigil) hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit dan dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun;

atau

(c)

Serow (Capricornis sumatrensis), Gaur (Bos gaurus),

Javan Rhinoceros (Rhinoceros sondaicus), Sumatran

Rhinoceros (Dicerorhinus sumatrensis), Tiger (Panthera tigris), Leopard (Panthera pardus), Clouded Leopard

(Neofelis nebulosa) atau False Gharial (Tomistoma schlegelii) hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit dan dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Report

Bab 4

Bahagian VIII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules