Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VII · Kesalahan dan Penalti
70. Memburu, dsb., hidupan liar betina yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang memburu atau menyimpan hidupan liar betina yang dilindungi sepenuhnya tanpa suatu permit khas melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dan kesalahan itu membabitkan hidupan liar yang dinyatakan dalam perenggan 68(2)(c), hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada dua ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit dan dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.