Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VII · Kesalahan dan Penalti
72. Menggunakan, dsb., hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), mana-mana orang yang —
menggunakan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya bagi pengendalian zoo, sarkas atau pameran hidupan liarnya; atau
Pemuliharaan Hidupan Liar 51
menggunakan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya bagi pengendalian pembiakbakaan dalam kurungan komersialnya, tanpa suatu permit melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dan kesalahan itu membabitkan hidupan liar yang dinyatakan dalam perenggan 68(2)(b), hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit dan dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dan kesalahan itu membabitkan hidupan liar yang dinyatakan dalam perenggan 68(2)(c), hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit dan dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.