Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VII · Kesalahan dan Penalti
69. Memburu, dsb., hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang tidak matang tanpa permit khas
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang tidak matang tanpa suatu permit khas melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dan kesalahan itu membabitkan hidupan liar yang dinyatakan dalam perenggan 68(2)(c), hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit dan dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 716