Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahan Letupan 1957.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Bahan Letupan 1957 is Malaysia Act, cited as Act 207 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
SERI PADUKA BAGINDA
DITERBITKAN DENGAN KUASA
HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE
Jil.27 No.8
14hb April 1983
TAMBAHAN No.16 AKTA
Naskah bahasa kebangsaan bagi undang-undang semakan yang berikut adalah dengan ini diterbitkan untuk makluman umum :
The national language text of the following revised law is hereby published for general information:
Tajuk ringkas
Akta 207 ... Akta Bahan Letupan 1957.
Akta 207
Warta Kerajaan
SERI PADUKA BAGINDA
DITERBITKAN DENGAN KUASA
HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE
14hb April 1983
TAMBAHAN No.16 AKTA
Naskah bahasa kebangsaan bagi undang-undang semakan yang berikut adalah dengan ini diterbitkan untuk makluman umum:
The national language text of the following revised law is hereby published for general information:
Tajuk ringkas
Akta 207 ... Akta Bahan Letupan 1957.
Disemak hingga ... 31hb Mei 1978
Tarikh ditetapkan untuk mula berkuatkuasa ... 15hb November 1978
Tarikh disiarkan dalam Warta 26hb Oktober 1978
Ordinan P.T.M. No. 40 Tahun 1957 yang dikanunkan dalam tahun 1957 (dicetak semula dalam tahun 1973), dan Perenggan-perenggan 2, 3 (1), 4 (1), 5 (melainkan proviso kepadanya), Jadual Pertama, dan Jadual Kedua Perintah Senjata dan Bahan Letupan (Perluasan) 1977 (P.U. (A) 260/77).
Akta 207
Akta 207
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahan Letupan 1957.
Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"bahan letupan" ertinya serbuk letupan, nitrogliserina, dinamit, kapas letupan, serbuk peledak, fulminat merkuri atau logam-logam lain, api berwarna, dan tiap-tiap benda lain yang digunakan atau dikilang bagi maksud menghasilkan suatu efek praktikal melalui letupan atau suatu efek piroteknik dan termasuklah alat isyarat kabus, bunga api, fius, roket, kap letupan, peletus, kertus, segala jenis amunisi, dan tiap-tiap padanan atau sediaan sesuatu bahan letupan, apa-apa benda bagi membuat sesuatu bahan letupan dan apa-apa radas, mesin, alat atau benda yang digunakan atau dimaksud untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan sesuatu letupan dalam atau dengan sesuatu bahan letupan dan mana-mana bahagian sesuatu radas, mesin atau alat sedemikian;
AKTA 207
"Ketua Pegawai Polis" termasuklah Pesuruhjaya Polis yang diberi kuasa mengawal Polis Diraja Malaysia berkenaan dengan mana-mana kawasan atau Negeri;
"mengilang" termasuklah menyediakan mana-mana bahagian komponen bahan letupan, mencampur atau dengan cara lain mengolah bahan itu, memecah atau merombak sesuatu bahan letupan, atau menjadikan sesuatu bahan letupan yang rosak sesuai digunakan atau memproses apa-apa bahan atau benda dengan tujuan menyebabkan letupan atau penyepaian, dan proses membuat semula, mengubah atau membaiki sesuatu bahan letupan;
"Malaysia Barat" mempunyai erti yang diberikan menurut seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan meliputi Wilayah Persekutuan;
"pegawai kanan polis" ertinya pegawai polis yang berpangkat daripada dan termasuk Ketua Polis Negara ke bawah hingga dan termasuk Penolong Penguasa;
"Pegawai Penjaga Daerah Polis" dan "pegawai polis" hendaklah mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Polis 1967.
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan sesuatu bahan sebagai merbahaya sama ada oleh kerana sifat letupannya atau sesuatu proses berkaitan dengan pengilangannya yang menjadikannya boleh meletup, dan bahan tersebut hendaklah disifatkan sebagai suatu bahan letupan bagi maksud Akta ini, tertakluk kepada apa-apa kecualian, batasan dan sekatan sebagaimana dinyatakan dalam pemberitahuan itu, dan Akta ini hendaklah kemudiannya diperluaskan kepada bahan itu dengan cara yang sama seolah-olah ianya dimasukkan dalam takrif perkataan "bahan letupan".
Walau apa pun diperuntukkan dalam Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta—
melarang sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat-syarat pengilangan, pemilikan atau pengimportan sesuatu bahan letupan yang digunakan untuk mendatangkan bahaya atau kegusaran kepada awam atau yang mempunyai sifat yang amat merbahaya yang pada pendapat Menteri adalah bermanfaat bagi keselamatan awam untuk mengeluarkan pemberitahuan itu; dan
Seseorang yang mengilang, memilik atau mengimport apa-apa bahan letupan melanggari dengan sesuatu pemberitahuan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama lima tahun atau denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Jika mana-mana kereta, vesel atau pesawat udara digunakan bagi pengimportan sesuatu bahan letupan dengan melanggari sesuatu pemberitahuan di bawah seksyen ini atau bagi penerimaan atau penstoran sesuatu bahan letupan yang diimport dengan melanggari sesuatu pemberitahuan sedemikian—
pemunya, nakhoda atau kaptennya apabila disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak sepuluh ribu ringgit, melainkan jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa pemunya, nakhoda atau kapten tersebut tidak terlibat dalam menempatkan bahan letupan itu di dalam kereta, vesel atau pesawat udara itu dan kesalahan yang menjadi soal telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau dibiarkannya;
kereta, vesel atau pesawat udara itu boleh ditahan dengan perintah mahkamah hingga diberi sekuriti dengan sekian jumlah wang sebagaimana diperintahkan oleh mahkamah, tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.
Terdapatnya apa-apa bahan letupan yang tertakluk kepada sesuatu larangan di bawah seksyen ini di dalam atau di atas mana-mana kereta, vesel atau pesawat udara adalah menjadi keterangan prima facie bahawa kereta, vesel atau pesawat udara itu telah digunakan bagi pengimportan bahan letupan itu berlawanan dengan Akta ini atau bagi penerimaan atau penstoran bahan letupan yang diimport berlawanan dengan Akta ini.
Bagi maksud seksyen ini ungkapan "nakhoda" termasuklah tiap-tiap orang, kecuali malim, yang menguasai atau menjaga sesuatu vesel.
Seseorang yang didapati dengan bersengaja atau dengan cuai melakukan sesuatu perbuatan yang berkemungkinan menyebabkan letupan atau kebakaran di dalam atau di sekitar mana-mana kilang, magazine, hulk, kereta, vesel, pesawat udara, rumah stor, atau kedai atau premis-premis lain yang mengandungi bahan letupan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama lima tahun atau denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seseorang yang dengan menyalahi undang-undang dan dengan berniat jahat menyebabkan dengan menggunakan apa-apa bahan letupan suatu letupan dari jenis yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kerosakan teruk pada harta, sama ada apa-apa kecederaan pada orang atau kerosakan pada harta telah sebenarnya disebabkan atau tidak apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seseorang yang dengan menyalahi undang-undang dan dengan berniat jahat—
melakukan sesuatu perbuatan dengan niat hendak menyebabkan dengan menggunakan apa-apa bahan letupan, atau berkomplot hendak menyebabkan dengan menggunakan apa-apa bahan letupan, suatu letupan dari jenis yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kerosakan teruk pada harta; atau
membuat atau mempunyai dalam milik atau di bawah jagaannya apa-apa bahan letupan dengan niat menggunakannya untuk membahayakan nyawa, atau menyebabkan kerosakan teruk pada harta atau untuk membolehkan seseorang lain menggunakannya untuk membahayakan nyawa atau menyebabkan kerosakan teruk pada harta, sama ada suatu letupan telah berlaku atau tidak dan sama ada kecederaan pada orang atau kerosakan pada harta telah sebenarnya disebabkan atau tidak apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seseorang yang membuat atau dengan disedarinya mempunyai dalam milik atau di bawah kawalannya apa-apa bahan letupan dalam mana-mana keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah bahawa dia tidak membuat atau mempunyai dalam milik atau di bawah kawalannya bahan letupan itu untuk suatu tujuan yang sah di sisi undang-undang apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya, melainkan dia dapat menunjukkan bahawa dia membuat atau mempunyai dalam milik atau di bawah kawalannya bahan letupan itu untuk suatu tujuan yang sah di sisi undang-undang.
Majistret, pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis, apabila berpuas hati dengan maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa—
ada dalam miliknya sesuatu bahan letupan tanpa suatu lesen bagi maksud itu atau dengan melanggari syarat-syarat atas mana sesuatu lesen bagi maksud itu dikeluarkan; atau
ada dalam miliknya sesuatu bahan letupan yang mana dia tidak boleh dibiarkan memilikinya tanpa bahaya kepada keamanan awam; atau
sesuatu bahan letupan ada di dalam atau di atas mana-mana rumah, premis atau bangunan atau tempat lain atau mana-mana kereta, vesel atau pesawat udara, boleh dengan waran memberi kuasa kepada seseorang yang dinamakan dalamnya atau kepada seseorang pegawai polis dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana perlu pada waktu malam atau siang—
memasuki atau menaiki dan menggeledah mana-mana rumah, premis atau bangunan-bangunan atau tempat lain atau mana-mana kereta, vesel atau pesawat udara yang dinyatakan dalam waran itu serta menggeledah semua orang yang berada di dalam atau di atasnya;
mensita dan menahan apa-apa bahan letupan yang dijumpai berikutan dengan penggeledahan itu; dan
menangkap mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas rumah, premis atau bangunan atau tempat lain atau kereta, vesel atau pesawat udara yang pegawai itu mempunyai alasan-alasan munasabah mensyaki sedang hendak melakukan atau sedang melakukan atau telah melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini.
Sesiapa jua, apabila sesuatu penggeledahan sedang dijalankan di bawah seksyen ini, ada sesuatu bahan letupan dalam milik atau di bawah jagaannya atau mengetahui di mana sesuatu bahan letupan itu disembunyikan, enggan mengemukakan atau menunjukkan bahan letupan tersebut kepada orang yang membuat penggeledahan itu, atau dengan bersengaja menyembunyikannya apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Majistret, pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis, apabila puas hati dengan maklumat atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada alasan baik untuk mempercayai yang sesuatu bahan letupan mungkin akan didapati pada mana-mana orang, boleh dengan waran di bawah tandatangannya memerintahkan mana-mana pegawai polis menangkap dan menggeledah orang itu, atau boleh dengan waran di bawah tandatangannya memerintahkan mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya menangkap orang itu dan membawanya dengan serta-merta ke hadapan seseorang Majistret, pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis, yang hendaklah kemudiannya menyebabkan orang sedemikian itu digeledah di hadapannya dan jika dijumpai apa-apa bahan letupan pada diri orang itu dia hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret supaya dibicarakan menurut undang-undang.
Majistret, pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melakukan sendiri apa-apa yang dia boleh, di bawah seksyen 9 dan 10, memberi kuasa untuk dilakukan oleh seseorang pegawai polis bila-bila masa Majistret atau pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis itu kompeten mengeluarkan sesuatu waran di bawah seksyen tersebut masing-masing dan juga dalam mana-mana keadaan yang berikut, iaitu—
jika dia sendiri mengetahui tentang fakta-fakta dan keadaan-keadaan yang memuaskan hatinya bahawa ada alasan-alasan yang cukup bagi sesuatu penggeledahan di bawah seksyen tersebut masing-masing, atau
jika dia menerima maklumat yang dikehendaki itu secara lisan dan sama ada atas sumpah atau tidak dalam mana-mana keadaan yang pada pendapatnya maksud penggeledahan itu akan terkeciwa oleh kelambatan yang berlaku untuk menurunkan maklumat itu secara bertulis: dengan syarat bahawa dalam hal yang kemudian ini nama dan alamat orang yang memberi maklumat itu diketahui atau dipastikan oleh Majistret atau pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis itu, sebelum dia bertindak atas maklumat tersebut.
Sesiapa jua dalam memberi maklumat lisan itu membuat suatu pernyataan yang diketahui atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayainya sebagai benar apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama dua belas bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau kedua-duanya.
Adalah sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai polis menahan dan menggeledah akan bahan letupan mana-mana orang yang dijumpainya pada bilabila masa waktu siang atau malam, di mana-mana jalan atau tempat awam lain, yang berkelakuan dengan cara menimbulkan syak atau yang pegawai polis itu mempunyai alasan munasabah untuk mensyaki mempunyai bahan letupan di dalam miliknya.
Mana-mana pegawai polis boleh masuk dan berada atas mana-mana kawasan tanah atau premis selain daripada rumah kediaman pada bila-bila masa dan untuk sekian lama yang semunasabahnya perlu bagi membolehkannya mempastikan sama ada orang yang membawa atau menggunakan sesuatu bahan letupan atas kawasan tanah atau premis itu mempunyai lesen bagi maksud itu.
Mana-mana pegawai kanan polis atau manamana Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh, atas sebabsebab yang hendaklah dicatatkan terlebih dahulu olehnya; memberi kuasa dengan menamakan secara bertulis mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada kopral menghendaki seseorang atau orangorang yang tinggal di mana-mana kawasan dalam bidang kuasanya mengemukakan lesen atau lesen-lesen nya atau lesen atau lesen-lesen mereka dan mengemukakan atau memberi keterangan mengenai bahan-bahan letupan yang diperihalkan di dalamnya.
Mana-mana orang yang tidak dapat memberi keterangan dengan memuaskan kepada seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh atau di bawah seksyen ini mengenai apa-apa bahan letupan yang diperihalkan dalam sesuatu lesen yang dikeluarkan kepadanya semasa tempoh yang lesen itu berkuatkuasa atau setelah tamat tempoh, penggantungan atau pembatalannya apabila disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak lima ratus ringgit.
Apa-apa bahan letupan yang dikemukakan kepada atau dijumpai oleh seseorang pegawai polis di mana-mana Negeri di bawah seksyen ini boleh ditahan oleh pihak polis selama sesuatu tempoh tidak lebih daripada satu bulan, jika Ketua Pegawai Polis mengarahkan sedemikian atas sebab-sebab keselamatan awam yang hendaklah dioatatkan dengan sewajarnya oleh Ketua Pegawai Polis itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa bahan letupan boleh ditahan di bawah seksyen ini berlawanan dengan perintah Menteri.
Apa-apa kuasa yang seseorang pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis diberi kuasa oleh seksyen ini untuk membenarkan supaya dijalankan oleh seseorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada kopral boleh dijalankan sendiri oleh seseorang pegawai kanan polis atau oleh seseorang Pegawai Penjaga Daerah Polis.
Mana-mana orang yang didapati melakukan sesuatu perbuatan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang akan menyebabkan atau boleh menyebabkan letupan atau kebakaran di dalam atau di sekitar sesuatu tempat di mana bahan letupan di kilang atau di stor, atau di dalam atau di sekitar mana-mana keretapi; pelabuhan atau lapangan terbang, atau mana-mana kereta, vesel atau pesawat udara, boleh ditangkap tanpa waran oleh—
penghuni tempat itu, atau ejen atau pengkhidmat, atau orang lain yang diberi kuasa oleh, penghuni itu; atau
Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu atau Keretapi Sabah;
Jika mana-mana orang ditangkap oleh seseorang yang bukannya pegawai polis, orang itu hendaklah dengan serta-merta dibawa ke balai polis yang terdekat atau diserahkan kepada seorang pegawai polis.
Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran dan menahan dalam jagaan mana-mana orang yang dijumpai membawa atau memindahkan sesuatu bahan letupan dengan apa-apa cara atau dalam mana-mana keadaan yang boleh memberikan alasan-alasan munasabah untuk mensyaki bahawa bahan letupan itu mungkin akan digunakan bagi sesuatu maksud merbahaya kepada keamanan awam yang menyalahi undang-undang.
Tiap-tiap orang yang ditangkap menurut sesuatu kuasa yang diberi oleh seksyen ini hendaklah, bersesama dengan apa-apa bahan letupan atau mana-mana benda lain yang dengannya sesuatu kesalahan telah dilakukan atau telah dicuba hendak dilakukan, dibawa ke balai polis dan dihadapkan dengan seberapa segera yang boleh ke hadapan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret supaya dibicarakan menurut undang-undang.
Sesiapa jua bersubahat melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau cuba melakukan sesuatu kesalahan sedemikian, dan dalam percubaan tersebut telah melakukan sesuatu perbuatan terhadap perlaksanaan kesalahan itu, boleh dikenakan penalti yang sama seolah-olah dia telah melakukan kesalahan itu.
Apabila seseorang disabitkan dengan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, mahkamah di hadapan mana dia disabitkan boleh mengarahkan supaya bahan letupan, atau perawis bahan letupan itu, atau sesuatu bahan (jika ada) yang mengenainya kesalahan itu telah dilakukan, atau mana-mana bahagian bahan letupan, perawis atau bahan itu, hendaklah dilucut hakkan bersesama dengan bekas yang mengandungi bahan letupan, perawis atau bahan itu.
Jika pemunya sesuatu kereta, pemunya atau nakhoda sesuatu vesel atau kapten sesuatu pesawat udara disabitkan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dan diperintahkan membayar denda berhubungan dengan kereta, vesel atau pesawat udara itu, mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa yang ada padanya bagi maksud memaksa pembayaran denda itu, mengarahkan supaya kereta, vesel, atau pesawat udara itu ditahan sehingga denda itu dibayar dan jika denda itu tidak dibayar dalam masa yang diarahkan mahkamah boleh memerintahkan supaya denda itu dilevi dengan penjualan kereta, vesel atau pesawat udara itu atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana diarahkan oleh mahkamah.
Berkenaan dengan sesuatu sabitan di bawah manamana seksyen Akta ini, atau kerana memungkiri manamana peraturan yang dibuat di bawahnya, yang melibatkan denda, adalah sah di sisi undang-undang bagi mahkamah yang mengenakan denda itu mengarahkan atas permohonan pihak pendakwa supaya mana-mana bahagian daripada denda itu, tidak lebih daripada setengah, hendaklah dibayar kepada mana-mana orang yang telah, atau dibahagi-bahagikan mengikut apa-apa kadar sebagaimana diperintahkan oleh mahkamah di antara orang-orang yang telah, memberi maklumat itu kepada polis hingga pesalah atau pesalah-pesalah itu disabitkan.
Apabila di bawah Akta ini seseorang yang disebut dalam sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawahnya diisytiharkan boleh dikenakan apa-apa hukuman, penalti atau lucut hak kerana sesuatu perbuatan yang dilakukan olehnya—
dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau lucut hak yang sama bagi tiap-tiap perbuatan yang serupa yang dilakukan oleh ejen atau pengkhidmat yang diambil kerja olehnya di dalam atau di sekitar mana-mana premis yang diberi lesen di bawah Akta ini; dan
tiap-tiap ejen atau pengkhidmat yang diambil kerja olehnya boleh juga dikenakan setiap hukuman, penalti atau lucut hak yang ditetapkan bagi kesalahan-kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah ejen atau pengkhidmat itu ialah orang yang telah disebutkan dalam lesen itu.
Tiap-tiap orang yang diambil kerja di dalam atau di sekitar mana-mana premis yang diberi lesen di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah diambil kerja sedemikian oleh orang yang disebutkan dalam lesen itu melainkan dan sehingga dibuktikan sebaliknya.
Jika seseorang yang diberi lesen untuk mengilang, memiliki, mengguna, menjual, menstor, mengangkut, mengimport atau mengeksport bahan letupan mati atau menjadi tak solven atau bankrap atau tak sempurna akal atau dengan cara lain hilang upaya, orang yang menjalankan perniagaan pemegang lesen itu adalah tidak bertanggungah kepada apa-apa penalti atau lucut hak kerana bertindak di bawah lesen itu selama suatu tempoh yang munasabah sebagaimana perlu untuk membolehkannya membuat permohonan bagi mendapatkan lesen baru, dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pemegang lesen itu bagi semua maksud di bawah Akta ini dan akan bertanggungan dengan cara yang sama seolah-olah dia adalah pemegang asal lesen itu sehingga lesen baru diberi atau tidak diberi kepadanya.
Tiap-tiap orang yang dibuktikan telah ada di dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa sahaja yang mengandungi sesuatu bahan letupan hendaklah disifatkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah memiliki bahan letupan itu.
Penghuni mana-mana rumah atau premis di mana sesuatu bahan letupan dijumpai hendaklah disifatkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai pemilik bahan letupan itu bagi maksud-maksud Akta ini.
Apabila berlaku di dalam atau di sekitar atau berkaitan dengan—
sesuatu kemalangan—
disebabkan oleh letupan atau oleh kebakaran yang mengakibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan teruk pada orang atau kerosakan teruk pada harta; atau
dari perihal yang pada lazimnya boleh mengakibatkan kehilangan atau kecederaan atau kerosakan sedemikian, penghuni tempat itu, orang yang menjaga kereta, nakhoda vesel atau kapten pesawat udara itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu pegawai penjaga balai polis yang terdekat mengenai kemalangan itu.
Seseorang Majistret yang berpendapat bahawa perlu diadakan suatu siasatan ke atas sebab-sebab sesuatu kemalangan dari perihal yang disebutkan dalam seksyen 23 boleh mengadakan siasatan sedemikian.
Seseorang Majistret yang mengadakan sesuatu siasatan di bawah seksyen ini hendaklah, bagi maksud menjalankan siasatan itu, mempunyai segala kuasa yang sepatut ada padanya pada mengadakan sesuatu siasatan ke atas sesuatu kesalahan di dalam bidang kuasanya.
Adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis olehnya bagi maksud itu, membenarkan pembinaan apa-apa magazin, atau mengadakan apa-apa hulk, sebagaimana difikirkannya perlu, bagi penstoran bahan-bahan letupan yang dipunyai oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri, atau bagi penstoran atau jagaan selamat bahan-bahan letupan yang dipunyai oleh orang-orang lain.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
bagi mengawal atau melarang, kecuali di bawah atau mengikut peruntukan-peruntukan atau syarat-syarat sesuatu lesen yang diberi di bawah Akta ini, pengilangan, pemilikan, penggunaan, penjualan, penstoran, pengangkutan, pengimportan atau pengeksportan bahan-bahan letupan atau mana-mana kelas tertentunya;
bagi menetapkan fee yang hendak dikenakan untuk sesuatu lesen dan jumlah wang lain (jika ada) yang kena dibayar oleh pemohon bagi belanja mendapatkan lesen;
bagi mengawal cara bagaimana permohonan untuk mendapatkan lesen hendak dibuat dan perkara-perkara yang hendak dinyatakan dalam permohonan itu;
bagi mengawal syarat-syarat dan sekatan-sekatan ke atas mana dan tertakluk kepada mana lesen-lesen boleh diberi, alasan-alasan atas mana lesen-lesen boleh digantung atau dibatalkan dan tempoh bagi sesuatu lesen akan terus berkuatkuasa;
bagi mengecualikan, sama ada dengan mutlaknya atau tertakluk kepada syarat-syarat, manamana bahan letupan atau kelas bahan letupan tertentu daripada kuatkuasa peraturan-peraturan itu;
untuk memasuki, memeriksa dan meneliti mana-mana tempat, kereta, vesel atau pesawat udara di mana sesuatu bahan letupan sedang dikilang, dimiliki, diguna, dijual, distor, diangkut, diimport atau dieksport di bawah sesuatu lesen yang diberi di bawah Akta ini atau yang dia mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa sesuatu bahan letupan telah distor, diangkut, diimport atau dieksport dengan melanggari Akta ini atau dengan manamana peraturan yang dibuat di bawahnya;
untuk mensita, menahan, memindah, dan, jika perlu, memusnahkan apa-apa bahan letupan yang dijumpai di situ;
bagi menetapkan fee yang hendak dikenakan berkenaan dengan apa-apa perkara yang mana peruntukan dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan untuk mengarahkan oleh siapa fee itu akan dibayar;
bagi menetapkan dan mengawal ujian-ujian yang boleh atau hendak dikenakan kepada pelbagai kelas atau sesuatu kelas tertentu bahan letupan sebelum sesuatu lesen diberi bagi mengilang, memilik, mengguna, menjual, menstor, mengangkut, mengimport atau mengeksport bahan-bahan letupan itu;
bagi mengenakan penalti ke atas semua orang yang mengilang, memilik, mengguna, menjual, menstor, mengangkut, mengimport atau mengeksport bahan letupan melanggari dengan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau melanggari mana-mana peraturan lain yang dibuat di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa penalti maksimum yang boleh dikenakan oleh sesuatu peraturan sedemikian hendaklah tidak lebih daripada—
berkenaan dengan seseorang yang mengilang, mengimport atau mengeksport sesuatu bahan letupan, penjara selama tiga tahun atau denda sebanyak lima ribu ringgit atau kedua-duanya;
berkenaan dengan seseorang yang memiliki, mengguna, menstor atau mengangkut sesuatu bahan letupan, penjara selama dua tahun atau denda sebanyak dua ribu ringgit atau kedua-duanya;
berkenaan dengan seseorang yang menjual bahan letupan, penjara selama satu tahun atau denda sebanyak satu ribu ringgit atau kedua-duanya; dan
Akta ini tidak terpakai bagi pengilangan, pemilikan, penggunaan, penjualan, penstoran, pengangkutan, pengimportan atau pengeksportan apa-apa bahan letupan—
oleh mana-mana orang yang diambil kerja oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri pada melaksanakan Akta ini, atau mana-mana pegawai polis atau mana-mana anggota angkatan tentera atau angkatan sukarela yang ditubuhkan di bawah sesuatu undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia, atau mana-mana angkatan lain yang berada di Malaysia dengan sahnya di bawah sesuatu undang-undang yang sedang berkuatkuasa berhubung dengan angkatan pelawat, atau mana-mana anggota Jabatan Penjara Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengenai sesuatu bahan letupan yang dikeluarkan kepadanya atau ada dalam milik, jagaan atau kawalannya atau di bawah tanggungannya dalam sifatnya sedemikian:
Dengan syarat bahawa orang, pegawai atau anggota itu bertindak mengikut tugasnya.
Akta ini, kecuali seksyen 5 dan 15, tidak terpakai bagi mana-mana vesel perang, pesawat udara atau kereta kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan manamana Negeri.
Enakmen-Enakmen dan Ordinan-Ordinan yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua dalam Jadual adalah dengan ini dimansuhkan setakat yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual tersebut itu.
Walaupun Enakmen-Enakmen dan Ordinan Ordinan tersebut dimansuhkan, mana-mana kaedah atau peraturan yang dibuat di bawah Enakmen Bahan Letupan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan berkuatkuasa sebelum sahaja 15 haribulan Februari 1961, hendaklah, setakat yang ianya tidak berlawanan dengan Akta ini, dianggap telah dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini yang bersamaan, dan hendaklah terus berkuatkuasa sehingga ianya dibatal, dipinda atau diganti oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah dipakai dan berkuatkuasa di seluruh Malaysia.
N.M.B. Bab 49
N.M.B. Bab 200
Enakmen No.56
Enakmen Kedah No.3 Tahun 1333
Enakmen Kelantan No.4 Tahun 1938
Enakmen Perlis No. 6
Tahun 1356
Terengganu No. 47
Tahun 1356
sesuatu kereta, vesel atau pesawat udara di mana bahan letupan atau bahan boleh meletup sedang dimuat atau dipunggah,
sesuatu tempat di mana bahan letupan atau apa-apa bahan boleh meletup di kilang, dimilik atau diguna; atau
JADUAL
Tajuk
(Seksyen 28) PEMANSUHAN
Enakmen Bahan Letupan Enakmen Bahan Letupan
Enakmen Bahan Letupan
Enakmen Senjata dan Bahan Letupan 1938
Enakmen No.35 (Bahan Letupan)
N.S. Bab 197 ...
Sabah No. 17 Tahun
1956
Sarawak Bab 135 ...
Enakmen Bahan Letupan
Enakmen Bahan Letupan 1356
Ordinan Senjata dan Bahan Letupan
Ordinan Bahan Letupan
Ordinan Senjata Api dan Bahan Letupan
Ordinan Senjata dan Bahan Letupan
Takat pemansuhan
Kesemuanya
Kesemuanya
Kesemuanya.
Kesemuanya
Kesemuanya setakat yang berkaitan dengan bahan letupan (seperti yang ditakrifkan di dalamnya)
Kesemuanya
Kesemuanya
Kesemuanya setakat yang berkaitan dengan bahan letupan (seperti yang ditakrifkan di dalamnya)
Kesemuanya
Kesemuanya
Kesemuanya
Akta 207
AKTA BAHAN LETUPAN 1957
(Disemak—1978)
Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)
SENARAI PINDAAN
Undang-Undang Tajuk ringkas Berkuatkuasa yang meminda dari
P.U. 44/1961 ... Perintah Mengesahkan Undang-Undang Yang Belum Berkuatkuasa (Ordinan Bahan Lotupan.1957) 1961 14-2-1961
Akta 41/1967 ... Akta Polis 1967 (takrif "Ketua Pegawai Polis", "pegawai polis yang diwartakan"), 13 (1), 14, 15 (1), 16 (1), (4) 29-8-1967
Akta A267 ... Akta Bahan Letupan (Pin- 16-8-1974 daan) 1974
P.U. (A) 260/ Perintah Senjata dan Bahan 1-9-1977 1977 Letupan (Perluasan) 1977
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI
Tajuk
P.U. (A) 260 Tahun 1977
Penintah Senjata dan Bahan Letupan (Perluasan) 1977-perenggan 2,3 (1),4 (1),5 (kecuali proviso kepadanya), Jadual Pertama dan Jadual Kedua
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.