Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
/akn/my/act/act/1960/190
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA IBU KOTA PERSEKUTUAN 1960 is Malaysia Act, cited as Act 190 1960, currently marked in force and first recorded in 1960.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Tafsiran
“Bandaraya” ertinya Bandaraya Kuala Lumpur atau, dalam bahasa
Inggeris, the City of Kuala Lumpur;
“Datuk Bandar” ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur atau, dalam bahasa Inggeris, the Commissioner of the City of Kuala Lumpur, yang dilantik di bawah seksyen 4; dan
“Lembaga Penasihat” ertinya Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala
Lumpur atau, dalam bahasa Inggeris, the Advisory Board of the
City of Kuala Lumpur, yang ditubuhkan di bawah seksyen 6.
Bahagian I
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, dari semasa ke semasa membahagikan Bandaraya kepada daerah atau bahagian kecil lain dan mengecualikan daripada penguatkuasaan Akta ini atau penguatkuasaan mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh Bandaraya, mana-mana tempat atau tempat-tempat dalam sempadan Bandaraya sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.
Apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (3) tidak boleh mengecualikan mana-mana orang yang tinggal dalam mana-mana tempat sedemikian daripada penguatkuasaan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kadar atau percukaian.
Bahagian II
Pelantikan Datuk Bandar
Datuk Bandar hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selama tempoh lima tahun atau, jika Yang di-Pertuan Agong dalam mana-mana hal tertentu menentukan sedemikian, selama apa-apa tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang ditentukan sedemikian.
Tertakluk kepada Akta ini, Datuk Bandar hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa.
Jika, pada bila-bila masa Yang di-Pertuan Agong mendapati bahawa pemecatan mana-mana orang yang memegang jawatan
Datuk Bandar daripada jawatannya itu adalah perlu bagi kepentingan pentadbiran hal ehwal Bandaraya yang berkesan, dia boleh, tanpa memberikan apa-apa sebab, memecat orang itu daripada jawatan.
*CATATAN—Dipinda berbangkit daripada seksyen 8 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 dan
Perintah Ibu Kota Persekutuan (Kawasan Bandaraya) 1974 (P.U. (A) 42/1974).
Ibu Kota Persekutuan 7
Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa menerima peletakan jawatan Datuk Bandar.
Jika melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Datuk Bandar diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, dia boleh melalui surat cara bertulis mewakilkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam surat cara itu, penjalanan kuasa itu atau pelaksanaan kewajipan itu kepada mana-mana orang yang diperihalkan melalui nama atau jawatan:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat apa-apa perundangan subsidiari yang memberikan kepadanya oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Jika Datuk Bandar adalah dihalang daripada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya kerana sakit, tidak ada atau apa-apa sebab lain, atau jika jawatan
Datuk Bandar kosong selama apa-apa tempoh, Ketua Setiausaha
Kementerian Wilayah Persekutuan, atau mana-mana pegawai awam lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri, hendaklah melaksanakan fungsi, menjalankan kuasa dan menunaikan kewajipan
Datuk Bandar itu.
Datuk Bandar hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan
Datuk Bandar hendaklah mempunyai suatu meterai rasmi yang hendaklah disahkan dengan tandatangan orang yang pada masa ini memegang jawatan Datuk Bandar, atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Datuk Bandar bagi maksud itu.
Meterai Datuk Bandar hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman, dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dikeluarkan atau dibuat oleh Datuk Bandar dan dimeteraikan dengan meterai Datuk Bandar, disahkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2), hendaklah dalam mana-mana litigasi atau prosiding disifatkan telah dibuat atau dikeluarkan sedemikian tanpa bukti selanjutnya, melainkan jika ditunjukkan sebaliknya.
Undang-Undang Malaysia 8
Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Datuk Bandar yang memperakui bahawa mana-mana surat cara yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan olehnya telah dibuat atau dikeluarkan sedemikian hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang fakta yang diperakui sedemikian.
Lembaga Penasihat
Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, mesyuarat dan tatacara Lembaga Penasihat hendaklah ditentukan oleh Lembaga Penasihat.
Semua anggota Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan
[Akta 574].
Keanggotaan Lembaga Penasihat
Yang di-Pertuan Agong boleh, tertakluk kepada Akta ini, melalui peraturan-peraturan mengadakan peruntukan bagi bilangan, jenis, pelantikan, tempoh jawatan, kelayakan, hilang kelayakan, kekananan dan syarat persaraan anggota Lembaga Penasihat, dan bagi mesyuarat dan tatacara Lembaga Penasihat.
*CATATAN—Ditambah berbangkit daripada proviso kedua kepada seksyen 8 Akta Perlembagaan (Pindaan)
(No. 2) 1973 [Akta A206].
Ibu Kota Persekutuan 9
Datuk Bandar hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga
Penasihat
Datuk Bandar atau orang lain yang mempengerusikan mana-mana mesyuarat Lembaga Penasihat hendaklah membuang undinya bilamana perlu untuk mengelakkan bilangan undi yang sama banyak, tetapi tidak boleh mengundi dalam apa-apa hal lain.
Minit
Dalam tiap-tiap mesyuarat biasa Lembaga Penasihat, minit mesyuarat sebelumnya hendaklah disahkan, dengan atau tanpa pindaan, mengikut kehendak keadaan, sebelum meneruskan penyegeraan apa-apa urusan lain.
Datuk Bandar boleh bertindak berlawanan dengan nasihat
Lembaga Penasihat
Datuk Bandar boleh, selepas berunding dengan Menteri, bertindak berlawanan dengan nasihat yang diberikan kepadanya oleh Lembaga Penasihat, jika dalam apa-apa hal yang difikirkannya patut untuk berbuat demikian; tetapi dalam apa-apa hal itu—
dia hendaklah merekodkan dengan sepenuhnya secara bertulis, untuk dimasukkan dalam minit, alasan dan sebab bagi keputusannya; dan
adalah berwibawa bagi mana-mana anggota Lembaga
Penasihat untuk menghendaki supaya direkodkan dalam minit itu apa-apa nasihat atau pendapat yang mungkin telah diberikannya mengenai soalan yang dipertikaikan, dan alasan baginya.
Undang-Undang Malaysia 10
Perlindungan pihak berkuasa awam
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198], hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Datuk Bandar atau Lembaga Penasihat atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen
Datuk Bandar berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian.
Kuasa dan kewajipan Datuk Bandar
Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen 16(2), di mana-mana jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, surat ikatan, dokumen atau surat cara lain, yang kuat kuasanya belum lagi luput atau dibatalkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, terdapat nama Anggota
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, undang-undang, surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, dibaca dan ditafsirkan seolah-olah nama itu telah digantikan dengan nama perbadanan Datuk Bandar.
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan
Datuk Bandar hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktiviti
Datuk Bandar sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Ibu Kota Persekutuan 11
Laporan tahunan
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap laporan tersebut dibentangkan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Pegawai undang-undang, dll., yang diberi kuasa untuk hadir bagi pihak Datuk Bandar
Peguam Negara, Peguam Cara Negara, dan mana-mana Peguam
Persekutuan boleh hadir dan berguam dan melakukan segala perkara lain yang perlu berkenaan dengan apa-apa litigasi atau prosiding dalam mana-mana mahkamah dalam Malaysia berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh Datuk Bandar atau hal ehwal
Bandaraya.
Bahagian III
Undang-undang yang sedia ada, dsb.
tentang Anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur atau tentang Yang Dipertua atau tentang mana-mana Anggota
Majlisnya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang
Datuk Bandar;
Undang-Undang Malaysia 12
tentang Raja, Raja dalam Mesyuarat, Pihak Berkuasa Negeri atau Dewan Undangan Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Menteri, mengikut kehendak hal keadaan.
Yang di-Pertuan Agong boleh, dalam tempoh dua tahun bermula dengan permulaan kuat kuasa Akta ini, melalui perintah meminda, menyesuaikan atau memansuhkan mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh Bandaraya dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini jika dia menganggapnya suai manfaat atau perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyelaraskan undang-undang bertulis itu dengan
Akta ini atau untuk menghapuskan apa-apa kesulitan yang berbangkit berkenaan dengan peruntukan peralihan Akta ini.
Perpindahan hakmilik harta, dsb.
Segala tanah sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud
Anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, terletak hak pada atau disifatkan dirizabkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud
Datuk Bandar.
Kontrak dan prosiding yang sedia ada
Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa prosiding atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Anggota Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Anggota Majlis itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Datuk Bandar sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Anggota Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat.
Penerusan perjanjian perkhidmatan, dsb.
Ibu Kota Persekutuan 13
Akta ini telah diambil bekerja oleh Anggota Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur hendaklah pada permulaan kuat kuasa Akta ini disifatkan ditukarkan kepada perkhidmatan Datuk Bandar atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang diperoleh sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
Kuasa yang berhubungan dengan Ordinan Perbandaran
Negeri Selangor oleh seksyen 3 Ordinan Perbandaran (Pemakaian
Yang Dipeluas) 1948 [P.T.M 3 tahun 1948], hendaklah berhubung dengan Bandaraya, disifatkan diberikan pada dan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pemansuhan
Perlembagaan Perbandaran Kuala Lumpur [Sel. P.W.
tahun 1951], yang diisytiharkan di bawah seksyen 4 Ordinan Pilihan
Raya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, seperti yang dipinda dari semasa ke semasa, adalah dengan ini dimansuhkan, dan mana-mana orang yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini
Undang-Undang Malaysia 14
ialah Yang Dipertua atau seorang Anggota Majlis bagi Majlis yang ditubuhkan di bawah Ordinan Perbandaran dan Perlembagaan itu hendaklah pada permulaan kuat kuasa Akta ini terhenti menjadi
Yang Dipertua atau Anggota Majlis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Ordinan Ibu Kota Persekutuan (Pilihan Raya Perbandaran)
1958 [Ord. No. 32 tahun 1958], adalah dengan ini dimansuhkan.
Ibu Kota Persekutuan 15
Akta 190
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta 5/1968
Akta Ibu Kota Persekutuan 01-04-1968
(Pindaan) 1968
Akta 59
Akta Bandaraya Kuala Lumpur 01-02-1972 1971
Akta A206
Akta Perlembagaan (Pindaan)
01-02-1974
(No. 2) 1973
P.U. (A) 42/1974
Perintah Ibu Kota Persekutuan 01-02-1974
(Kawasan Bandaraya) 1974
Akta A535
Akta Ibu Kota Persekutuan 01-12-1981
(Pindaan) 1982
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 190
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 3
Akta A206 01-02-1974 4
Akta A535 01-12-1981 7
Akta A206 01-02-1974 13
Akta A535 01-12-1981 16
Akta 5/1968 01-04-1968