Industrial Co-Ordination Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang—
menjadi seorang pemohon bagi pengeluaran suatu lesen terkilan dengan keengganan untuk mengeluarkan lesen itu;
menjadi pemegang suatu lesen terkilan dengan—
pengenaan apa-apa syarat ke atas lesennya;
pengubahan, atau keengganan untuk mengubah, mana-mana syarat yang dikenakan ke atas lesennya;
atau
pembatalan lesennya; atau
terkilan dengan keengganan untuk meluluskan perpindahan hak milik sesuatu lesen, boleh, dalam tempoh empat puluh lima hari dari tarikh keputusan pegawai pelesenan itu disampaikan kepadanya, merayu kepada
Menteri mengikut cara yang ditetapkan.
Menteri boleh, selepas mendengar rayuan itu, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut dan perintah itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.