Industrial Co-Ordination Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
17. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan tertentu
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen 10(2) atau seksyen 15A, pegawai pelesenan boleh pada bila-bila masa sebelum bermulanya pendengaran kes terhadap orang itu, mengkompaun kesalahan itu dan memerintahkannya supaya membayar apa-apa jumlah wang, tidak melebihi amaun denda maksimum, sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai pelesenan itu.
Penyelarasan Perindustrian 15
Jika pegawai pelesenan berniat hendak mengkompaun sesuatu kesalahan, dia hendaklah memberikan notis secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian kepada orang itu dan notis itu hendaklah juga menyatakan—
tarikh dan tempat berlakunya kesalahan itu dan kesalahan yang dilakukan itu;
jumlah wang yang hendaklah dibayar untuk mengkompaun kesalahan itu; dan
tarikh selewat-selewatnya jumlah wang itu hendaklah dibayar.
Jika orang itu bersetuju supaya kesalahan itu dikompaun, dia hendaklah mengaku melakukan kesalahan itu dan hendaklah membayar jumlah wang yang dinyatakan itu selewat-selewatnya pada tarikh yang dinyatakan dan berikutan dengan itu, pegawai pelesenan hendaklah membuat suatu perintah menyatakan bahawa kesalahan itu telah dikompaun dan perintah itu hendaklah juga, mutatis mutandis, mengandungi butir-butir yang dinyatakan dalam perenggan 2(a), (b) dan (c).
Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini yang mengkompaun sesuatu kesalahan adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan.