Industrial Co-Ordination Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
20. Penyampaian penyata atau maklumat lain, notis, perakuan, keputusan dan perintah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Penyata atau maklumat lain berkaitan dengan aktiviti pengilangan seseorang pengilang yang dikehendaki diberikan atau sesuatu notis yang diberikan, sesuatu perakuan yang dikeluarkan, sesuatu keputusan atau perintah yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh disampaikan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar.
Apa-apa penyata atau maklumat lain atau notis, perakuan, keputusan atau perintah yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu (termasuk suatu perkongsian) yang kepadanya ia dialamatkan pada hari berikutan hari yang penyata atau maklumat lain atau notis, perakuan, keputusan
Penyelarasan Perindustrian 17
atau perintah itu sepatutnya telah diterima mengikut perjalanan biasa pos jika ia dialamatkan—
dalam hal Menteri atau pegawai pelesenan, kepada salah seorang daripada mereka, mengikut kehendak keadaan, di Kementerian;
dalam hal sesuatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang yang mempunyai suatu pejabat berdaftar di Malaysia, kepada pejabat berdaftar itu atau, jika tidak ada pejabat berdaftar seperti itu, kepada tempat utama perniagaan syarikat, perkongsian atau kumpulan itu di Malaysia atau, jika tidak ada tempat perniagaan utama seperti itu di
Malaysia, kepada tempat di mana apa-apa aktiviti lain bagi syarikat, perkongsian atau kumpulan itu dijalankan;
dan
dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir diketahui.