Industrial Co-Ordination Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
11A. Penubuhan dan keanggotaan Majlis Penasihat Perindustrian
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu badan yang disebut Majlis Penasihat Perindustrian hendaklah ditubuhkan yang fungsinya untuk menasihati Menteri tentang perkara berkenaan dengan Akta ini.
Majlis hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri mengikut nama:
seorang Pengerusi;
seorang wakil Kementerian;
seorang wakil Kementerian Kewangan;
seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri;
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi perusahaan utama;
seorang wakil Lembaga Perindustrian Malaysia;
seorang wakil daripada setiap Negeri Sabah dan Sarawak yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Kerajaan Negeri itu;
lima orang ahli yang mewakili institusi perdagangan dan perusahaan perkilangan;
dua orang ahli yang mewakili kepentingan orang yang melibatkan diri dalam aktiviti pengilangan di Negeri Sabah dan Sarawak; dan
mengikut budi bicara Menteri, tidak lebih daripada dua orang ahli lain.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 156 12
Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang ahli Majlis yang dilantik di bawah seksyen ini atau seorang ahli gilir yang dilantik di bawah subseksyen 11B(1) tanpa memberikan apa-apa sebab baginya dan jika Menteri berbuat demikian, pembatalan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.