Industrial Co-Ordination Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seseorang membuat rayuan di bawah perenggan 13(1)(b)
atau (c), lesen itu hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah pegawai pelesenan itu tidak membuat keputusan sehingga rayuan itu telah diputuskan.
Walau apa pun subseksyen (1), pegawai pelesenan boleh sementara itu menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini berhubung dengan lesen itu atas apa-apa alasan yang tidak diliputi oleh rayuan itu.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 156 14