Industrial Co-Ordination Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
11B. Pelantikan ahli gilir Majlis
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, berkenaan dengan setiap ahli Majlis, selain ahli yang dilantik di bawah perenggan 11A(2)(a) atau (j), melantik seorang lain daripada badan yang sama atau yang mewakili kepentingan yang sama seperti ahli itu untuk menjadi ahli gilir kepada ahli itu dan ahli gilir itu boleh menghadiri mesyuarat Majlis untuk menggantikan ahli itu jika ahli itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.
Apabila menghadiri mesyuarat Majlis atau jika ahli yang berkenaan dengannya dia dilantik menjadi ahli gilir tidak hadir, seorang ahli gilir hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang ahli Majlis.
Seorang ahli gilir hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, berhenti daripada menjadi ahli gilir apabila ahli yang berkenaan dengannya dia menjadi seorang ahli gilir itu disifatkan telah mengosongkan jawatannya atau selainnya berhenti menjadi ahli Majlis menurut peruntukan Akta ini tetapi tanpa menyentuh ahli gilir itu dilantik sebagai seorang ahli atau dilantik semula sebagai seorang ahli gilir.