Industrial Co-Ordination Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang berkenaan dengannya suatu kesalahan dikompaun di bawah seksyen 17 tidak boleh didakwa berkenaan dengan kesalahan itu dan jika apa-apa pendakwaan dibawa terhadapnya, menjadi suatu pembelaan yang memadai baginya untuk membuktikan bahawa kesalahan itu telah dikompaun di bawah seksyen itu.
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 17(3)
hendaklah, apabila dikemukakan di hadapan mana-mana mahkamah, dianggap sebagai bukti tentang berlakunya kesalahan yang dikompaun itu dan tentang perkara lain yang dinyatakan di dalamnya.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 156 16