Industrial Co-Ordination Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti pengilangan melainkan jika suatu lesen dikeluarkan kepadanya berkenaan dengan aktiviti pengilangan itu.
Sesiapa yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan.