Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

7A. Pengubahan

(1)

Seseorang pengilang tidak boleh mengilang sesuatu keluaran selain keluaran yang dinyatakan dalam sesuatu lesen tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan pegawai pelesenan.

(2)

Seseorang pengilang boleh menggantung atau memberhentikan pengilangan sesuatu keluaran yang dinyatakan dalam sesuatu lesen selepas memberitahu pegawai pelesenan secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian.

(3)

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis kepada pegawai pelesenan.

Penyelarasan Perindustrian 9

Report