Industrial Co-Ordination Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
7. Perpindahan hak milik lesen
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada lesen boleh dipindahkan hak miliknya daripada seorang pengilang kepada mana-mana orang lain tanpa kelulusan pegawai pelesenan terlebih dahulu.
Tanpa menyentuh subseksyen (1), pegawai pelesenan boleh membenarkan sesuatu lesen dipindahkan hak miliknya sekiranya pemegang lesen itu mati, hilang upaya, bankrap, atau dalam hal suatu syarikat, pelikuidasi pemegang lesen atau sekiranya seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang lesen itu atau jika, kerana sesuatu sebab, pegawai pelesenan berpuas hati bahawa tidak adil sekiranya dia tidak membenarkan pemegang lesen itu memindahkan hak milik lesennya.
Permohonan untuk memindahkan hak milik sesuatu lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada pegawai pelesenan.