Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

10. Penyata atau maklumat lain hendaklah diberikan apabila dikehendaki untuk berbuat demikian melalui notis bertulis

(1)

Pegawai pelesenan boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana pengilang supaya memberinya atau memberi Jabatan

Perangkaan atau kedua-duanya, dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, penyata atau maklumat lain berkenaan dengan apa-apa aktiviti pengilangannya tetapi pengilang itu tidak boleh dikehendaki memberikan maklumat yang akan menzahirkan apa-apa rahsia proses pengilangan atau rahsia perdagangan lain.

(2)

Mana-mana pengilang yang—

(a)

tidak memberikan dalam masa yang ditentukan apa-apa penyata atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dan dia juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan; atau

Penyelarasan Perindustrian 11

(b)

memberikan apa-apa penyata atau maklumat lain yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report