Industrial Co-Ordination Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
19. Liabiliti orang tertentu bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat, perkongsian atau kumpulan orang
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh seseorang atau seorang pengilang yang merupakan suatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus atau pegawai lain yang berkhidmat atas sifat pengurusan atau seorang pekongsi syarikat, perkongsian atau kumpulan orang atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat seperti itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui dan pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang perlu untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan yang wujud itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai mengecualikan sesuatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang daripada apa-apa liabiliti bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “syarikat” dan
“perkongsian” hendaklah masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan itu dalam undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat dan perkongsian.