/akn/my/act/act/2007/667

AKTA HAKMILIK ANAK NEGERI LABUAN 2007

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2007
Sections
10
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA HAKMILIK ANAK NEGERI LABUAN 2007 is Malaysia Act, cited as Act 667 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran hakmilik anak negeri di Labuan dalam Daftar Hakmilik Anak Negeri, urusan mengenai pegangan anak negeri dan pengisytiharan Rizab Anak Negeri dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [15 Januari 2010; P.U. (B) 15/2010] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud Akta ini, sesuatu syarikat, koperasi atau pertubuhan hendaklah, jika dan selagi tiap-tiap anggota syarikat, koperasi atau pertubuhan itu merupakan anak negeri, disifatkan sebagai anak negeri, walau apa pun takrif “anak negeri” dalam seksyen ini.

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

PEGANGAN ANAK NEGERI DAN DAFTAR HAKMILIK

Suggest a correction

Hakmilik anak negeri disifatkan sebagai pegangan anak negeri

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa Kerja Tanah boleh menambah kepada, atau membatalkan daripada, Daftar Hakmilik Anak Negeri mana-mana pegangan anak negeri dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.

Daftar Hakmilik Anak Negeri

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama.

(2)

Daftar Hakmilik Anak Negeri hendaklah disenggarakan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa mengikut apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Tanah.

Peruntukan tentang memorial pada dokumen hakmilik

5. (1) Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, Pendaftar hendaklah membuka Daftar Hakmilik Anak Negeri dan mendaftarkan semua hakmilik anak negeri yang sedia ada dalam Daftar Hakmilik Anak

Negeri.

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 667

(2)

Apabila hakmilik anak negeri yang sedia ada didaftarkan dalam Daftar Hakmilik Anak Negeri, Pendaftar hendaklah membuat memorial yang serupa bagi hakmilik anak negeri itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Pertama pada tiap-tiap dokumen hakmilik daftaran yang disenaraikan dalam Daftar

Hakmilik Anak Negeri.

(3)

Apabila apa-apa memorial telah dibuat pada apa-apa dokumen hakmilik daftaran bagi mana-mana tanah di bawah subseksyen (2), Pendaftar hendaklah melalui notis dalam Borang 3

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama menghendaki tuan punya tanah itu atau mana-mana orang lain yang memiliki dokumen hakmilik keluaran bagi tanah itu supaya menyerahkan dokumen hakmilik keluaran itu dan apabila diserahkan sedemikian hendaklah membuat memorial yang serupa pada dokumen hakmilik keluaran itu sebagaimana yang dibuat pada dokumen hakmilik daftaran bagi tanah itu.

Pemberian hakmilik tanah sebagai pegangan anak negeri

6. (1) Jawatankuasa Kerja Tanah boleh, jika difikirkannya patut, memutuskan bahawa mana-mana tanah yang diluluskan bagi pemberian hakmilik hendaklah didaftarkan sebagai pegangan anak negeri.

(2)

Apabila pegangan anak negeri itu didaftarkan dalam Daftar

Hakmilik Anak Negeri, Pendaftar hendaklah membuat memorial yang serupa bagi pegangan anak negeri sebagaimana dalam subseksyen 5(2) pada dokumen hakmilik daftaran dan dokumen hakmilik keluaran.

Permohonan bagi pendaftaran tanah sebagai pegangan anak negeri

7. (1) Mana-mana anak negeri boleh memohon kepada Pendaftar dalam Borang 4 Jadual Pertama bagi kemasukan tanahnya sebagai pegangan anak negeri dan hendaklah didaftarkan dalam Daftar

Hakmilik Anak Negeri.

(2)

Apabila permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) oleh tuan punya itu, Pendaftar hendaklah mendaftarkan tanah itu dalam

Daftar Hakmilik Anak Negeri dan hendaklah membuat memorial yang serupa sebagaimana dalam subseksyen 5(2) pada dokumen hakmilik daftaran dan dokumen hakmilik keluaran bagi tanah itu.

Hakmilik Anak Negeri Labuan 9

Permohonan bagi pembatalan pegangan anak negeri

8. (1) Tuan punya mana-mana pegangan anak negeri boleh memohon kepada Pendaftar dalam Borang 5 Jadual Pertama supaya tanahnya dibatalkan daripada menjadi pegangan anak negeri.

(2)

Apabila menerima permohonan itu, Pendaftar hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa Kerja Tanah untuk keputusan.

(3)

Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon itu mengenai keputusan Jawatankuasa Kerja Tanah melalui notis dalam Borang 6

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama.

(4)

Dalam hal jika permohonan itu diluluskan, Pendaftar hendaklah mengkensel—

(a)

memorial pada pegangan anak negeri daripada dokumen hakmilik daftaran dan dokumen hakmilik keluaran itu; dan

(b)

pendaftaran tanah itu sebagai pegangan anak negeri dalam

Daftar Hakmilik Anak Negeri.

Bahagian III

SEKATAN KE ATAS URUSAN MENGENAI PEGANGAN ANAK

NEGERI

Sekatan tentang pemindahan hakmilik dan pajakan

9. Tertakluk kepada seksyen 18, 19 dan 20, tiada pegangan anak negeri boleh dipindahkan hakmilik, dipajakkan atau selainnya dilupuskan kepada bukan anak negeri, dan tiada memorandum pindah hakmilik atau pajakan yang melanggar seksyen ini boleh didaftarkan di Pejabat Tanah Labuan.

Sekatan tentang urusan oleh wakil

10. Tiap-tiap memorandum pindah hakmilik, gadaian atau pajakan pegangan anak negeri yang dilaksanakan bagi pihak tuan punyanya oleh mana-mana bukan anak negeri yang berupa sebagai bertindak sebagai wakil bagi tuan punya itu hendaklah batal dan tiada memorandum pindah hakmilik, gadaian atau pajakan boleh didaftarkan di Pejabat Tanah Labuan.

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 667

Sekatan tentang kaveat berdasarkan lien melalui pendepositan hakmilik

11. Tiada lien melalui pendepositan dokumen hakmilik keluaran bagi mana-mana pegangan anak negeri sebagai cagaran bagi sesuatu hutang boleh diwujudkan yang memihak kepada mana-mana orang, dan tiada kaveat yang menyokong mana-mana lien melalui pendepositan boleh didaftarkan di Pejabat Tanah Labuan.

Sekatan tentang kaveat persendirian

12. Tiada kaveat persendirian boleh dimasukkan pada mana-mana pegangan anak negeri oleh mana-mana bukan anak negeri.

Sekatan tentang kebankrapan

13. Tiada pegangan anak negeri boleh terletak hak pada Ketua

Pengarah Insolvensi apabila tuan punya pegangan anak negeri itu bankrap, melainkan jika petisyen kebankrapan yang berdasarkannya tuan punya itu dihukum bankrap telah difailkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

Sekatan tentang penahanan dalam pelaksanaan

14. Tiada pegangan anak negeri boleh ditahan dalam melaksanakan sesuatu dekri atau perintah mana-mana mahkamah melainkan jika guaman atau prosiding yang dalamnya dekri atau perintah itu dibuat telah dimulakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

Sekatan tentang amanah

15. Tiap-tiap amanah atau amanah yang dikatakan, sama ada amanah itu dinyatakan, tersirat atau konstruktif yang berupa sebagai diwujudkan berkenaan dengan mana-mana pegangan anak negeri oleh tuan punyanya yang memihak kepada atau bagi faedah mana-mana bukan anak negeri hendaklah batal dan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana mahkamah.

Hakmilik Anak Negeri Labuan 11

Sekatan tentang pemberian probet dan surat kuasa mentadbir

16. Tiada pemberian probet atau surat kuasa mentadbir boleh berkuat kuasa untuk meletak hak mana-mana pegangan anak negeri pada mana-mana wasi atau pentadbir yang bukan seorang anak negeri.

Bahagian IV

PEGANGAN ANAK NEGERI BOLEH DIJUAL, DIPAJAKKAN,

DIPINDAHKAN HAKMILIK, DSB.

Penjualan oleh pembeban

17. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika mana-mana pegangan anak negeri yang dimasukkan dalam Daftar Hakmilik

Anak Negeri dibebankan, pegangan itu boleh dijual atas kehendak pembeban di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini.

(2)

Tiada pegangan sedemikian boleh dijual kepada mana-mana bukan anak negeri jika pada tarikh pendaftaran bebanan itu, tuan punya tunggal atau mana-mana tuan punya bersama tanah itu ialah seorang anak negeri dan pegangan itu adalah pada tarikh itu dimasukkan dalam Daftar Hakmilik Anak Negeri selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.

(3)

Dalam seksyen ini, sesuatu “bebanan” termasuklah gadaian, kaveat yang menyokong lien melalui pendepositan dokumen hakmilik, penahanan dalam pelaksanaan sesuatu dekri atau perintah lain mahkamah dan penahanan sebelum penghakiman dan “pembeban” termasuklah pemegang gadaian, pengkaveat yang telah menyebabkan didaftarkan kaveat itu seperti yang disebut terdahulu, pemiutang yang menahan dan plaintif yang memperoleh penahanan sebelum penghakiman.

Pegangan anak negeri boleh dipajakkan atau dipindahkan hakmilik kepada Perbadanan Labuan atau Majlis Agama

Islam Wilayah Persekutuan

18. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, tuan punya mana-mana pegangan anak negeri boleh memajakkan atau memindahkan hakmilik pegangan itu kepada Perbadanan

Labuan atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 667

Pegangan anak negeri boleh digadaikan kepada institusi kewangan

19. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam

Akta ini, tuan punya mana-mana pegangan anak negeri boleh menggadaikan pegangan itu kepada mana-mana institusi kewangan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(2)

Jawatankuasa Kerja Tanah boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah kepada, memotong daripada atau meminda Jadual Kedua sebagaimana yang difikirkannya patut.

Pegangan anak negeri boleh dipindahkan hakmilik kepada badan berkanun, koperasi dan pertubuhan

20. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pegangan anak negeri boleh dipindahkan hakmilik kepada mana-mana badan berkanun, koperasi atau pertubuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(2)

Dalam hal mana-mana pemindahan hakmilik pegangan anak negeri kepada koperasi atau pertubuhan, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggotanya hendaklah merupakan anak negeri.

(3)

Jawatankuasa Kerja Tanah boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah kepada, memotong daripada atau meminda Jadual Ketiga sebagaimana yang difikirkannya patut.

Amanah Raya Berhad disifatkan sebagai anak negeri dalam hal tertentu

21. (1) Bilamana apa-apa pemindahan hakmilik apa-apa pegangan anak negeri atau mana-mana bahagian yang belum dipecahkan dalamnya kepada Amanah Raya Berhad sebagai pemegang amanah bagi seseorang anak negeri atau apa-apa perpindahan mana-mana pegangan anak negeri kepada Amanah Raya Berhad sebagai wakil seseorang anak negeri dikemukakan untuk pendaftaran kepada

Hakmilik Anak Negeri Labuan 13

Pejabat Pendaftaran Labuan, pemindahan atau perpindahan hakmilik itu boleh didaftarkan, dan berhubung dengan pegangan anak negeri itu, Amanah Raya Berhad hendaklah disifatkan sebagai anak negeri.

(2)

Dalam seksyen ini, Amanah Raya Berhad ertinya Amanah

Raya Berhad yang diperbadankan menurut seksyen 3 Akta

Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532].

Urusan yang berlawanan dengan Akta batal

22. (1) Segala urusan atau pelupusan apa-apa pegangan anak negeri atau mana-mana bahagian yang belum dipecahkan bagi pegangan anak negeri itu mengikut apa-apa cara jua pun dan segala percubaan untuk berurusan mengenai atau melupuskan mana-mana pegangan anak negeri yang berlawanan dengan peruntukan Akta ini, adalah batal dan tidak sah dan tiada balasan yang dibayar menurut apa-apa urusan, pelupusan atau percubaan sedemikian boleh didapatkan dalam mana-mana mahkamah.

(2)

Tiada tindakan bagi pelanggaran kontrak boleh diambil berkenaan dengan apa-apa urusan atau pelupusan atau apa-apa percubaan untuk berurusan mengenai atau melupuskan mana-mana pegangan anak negeri yang berlawanan dengan peruntukan Akta ini.

Kes yang meragukan hendaklah diputuskan oleh Mahkamah

Tinggi

23. Rujukan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi jika apa-apa keraguan timbul tentang kaedah kuat kuasa Akta ini atau cara yang menurutnya peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan atau dilaksanakan berhubung dengan Akta ini.

Akta terpakai terhadap peruntukan undang-undang lain

24. Jika dalam mana-mana hal apa-apa pertelingkahan timbul antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan Kanun atau

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012], peruntukan

Akta ini hendaklah terpakai.

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 667

Bahagian V

RIZAB ANAK NEGERI

Rizab Anak Negeri

25. (1) Menteri boleh, jika difikirkannya perlu untuk melindungi kepentingan pada masa kini dan masa hadapan serta kesejahteraan anak negeri Wilayah Persekutuan Labuan, mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah persekutuan, yang sempadannya telah diukur, sebagai Rizab Anak Negeri bagi apa-apa maksud yang diluluskan olehnya.

(2)

Tiap-tiap perisytiharan hendaklah—

(a)

memperihalkan dengan lengkap tanah yang diisytiharkan sebagai Rizab Anak Negeri dan bagi maksud ini rujukan kepada tanah itu melalui nombor Lot Ukurnya hendaklah dianggap dan disifatkan sebagai perihalan lengkap mengenainya;

(b)

menyatakan maksud yang baginya tanah itu dirizabkan;

(c)

menyatakan terma dan syarat yang berdasarkannya perizaban itu dibuat; dan

(d)

disiarkan dalam Warta.

(3)

Menteri boleh, jika difikirkannya patut, melantik seorang pemegang amanah atau lebih untuk mengawal dan menguruskan mana-mana Rizab Anak Negeri yang diisytiharkan di bawah seksyen ini.

(4)

Dalam mana-mana hal jika dibuktikan dengan memuaskan hati Pengarah Negeri bahawa—

(a)

pemegang amanah yang dilantik sedemikian enggan, abai atau gagal menjalankan tugasnya dengan cekap sebagai pemegang amanah atau telah mati, Menteri boleh, atas syor oleh Pengarah Negeri, melepaskan pemegang amanah yang ingkar dan melantik seorang pemegang amanah yang baru sebagai ganti pemegang amanah yang dahulunya dilantik atau telah mati; atau

Hakmilik Anak Negeri Labuan 15

(b)

anggota komuniti anak negeri yang demi kepentingannya dan yang bagi faedahnya Rizab Anak Negeri telah diisytiharkan dengan sengaja atau tanpa sebab yang munasabah tidak mematuhi syarat-syarat yang rizab itu tertakluk, Menteri boleh, atas syor oleh Pengarah Negeri, menyebabkan rizab itu dibatalkan.

(5)

Menteri boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan perisytiharan mana-mana Rizab Anak Negeri atau sebahagian daripada mana-mana Rizab Anak Negeri di bawah Akta ini, atau selainnya boleh menambah atau mengubah mana-mana terma atau syarat yang dikenakan pada Rizab Anak Negeri itu.

(6)

Tiada dokumen hakmilik boleh didaftarkan berkenaan dengan mana-mana tanah di dalam Rizab Anak Negeri yang diisytiharkan di bawah seksyen ini.

(7)

Mana-mana Rizab Anak Negeri yang diisytiharkan di bawah Ordinan Tanah sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, terus menjadi

Rizab Anak Negeri.

(8)

Seseorang yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini telah dilantik sebagai pemegang amanah yang baginya pelantikan boleh dibuat di bawah Akta ini hendaklah terus menjadi pemegang amanah sedemikian dan disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai telah dilantik sedemikian di bawah

Akta ini.

Bahagian VI

PELBAGAI

Kuasa Menteri untuk membuat kaedah

26. Menteri boleh membuat apa-apa kaedah sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud Akta ini.

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 667

Pengecualian fi

27. Tiada fi boleh dikenakan dalam hal yang berikut:

(a)

membuat atau membatalkan memorial di bawah subseksyen 6(2), 7(2), 8(2) atau 9(4);

(b)

penyampaian notis di bawah subseksyen 6(3) atau 9(3); dan

(c)

permohonan untuk mendaftarkan tanah sebagai pegangan anak negeri di bawah subseksyen 8(1) atau untuk membatalkan tanah daripada menjadi pegangan anak negeri di bawah subseksyen 9(1).

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

BORANG 1

Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

[Subseksyen 4(1)]

DAFTAR HAKMILIK ANAK NEGERI

No.

Pegangan

Nama Tuan

Punya atau

Tuan-Tuan

Punya

No. Hakmilik

No.

Lot

Kawasan

Catatan

BORANG 2

Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

[Subseksyen 5(2)]

MEMORIAL PEGANGAN ANAK NEGERI

No. pegangan anak negeri:................................melalui Pemberitahuan Warta

No. ............................, bertarikh...................../mesyuarat Jawatankuasa Kerja

Tanah Wilayah Persekutuan Labuan bertarikh........................

Tarikh:............................

..................................................

Pendaftar Hakmilik

Wilayah Persekutuan Labuan

Hakmilik Anak Negeri Labuan 17

BORANG 3

Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

[Subseksyen 5(3)]

KEHENDAK UNTUK MENYERAHKAN BALIK DOKUMEN

HAKMILIK KELUARAN

Kepada ..............................

...........................................

...........................................

...........................................

...........................................

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 5(3) Akta Hakmilik

Anak Negeri Labuan 2007, saya dengan ini menghendaki tuan, dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian notis ini, menyerahkan kepada saya dokumen hakmilik keluaran bagi ...............................(No. Hakmilik) ...........................

(No. Lot) .........................(Kawasan) bagi maksud memasukkan memorial di dalamnya sebagai pegangan anak negeri.

Tarikh:............................

..................................................

Pendaftar Hakmilik

Wilayah Persekutuan Labuan

BORANG 4

Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

[Subseksyen 7(1)]

PERMOHONAN BAGI PENDAFTARAN TANAH SEBAGAI PEGANGAN

Kepada:

Pendaftar Hakmilik,

Wilayah Persekutuan Labuan

*Saya/Kami..............................................................................................*tuan punya/tuan-tuan punya............................ (No. Hakmilik) ...............................

(No. Lot)..........................(Kawasan), ingin memohon supaya tanah tersebut didaftarkan sebagai pegangan anak negeri.

2. *Saya/Kami kini mengemukakan bersama-sama ini dokumen hakmilik keluaran bagi tanah tersebut.

Tarikh:............................

..................................................

Tandatangan Pemohon

* Potong jika tidak berkenaan

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 667

BORANG 5

Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

[Subseksyen 8(1)]

PERMOHONAN SUPAYA TANAH DIBATALKAN DARIPADA MENJADI

PEGANGAN ANAK NEGERI

Kepada:

Pendaftar Hakmilik,

Wilayah Persekutuan Labuan

*Saya/Kami.......................................................................................................

*tuan punya/tuan-tuan punya............................... (No. Hakmilik)....................

(No. Lot)........................... (Kawasan), ingin memohon supaya tanah tersebut dibatalkan daripada menjadi pegangan anak negeri bagi sebab/sebab-sebab yang berikut:

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

Tarikh:............................

..................................................

Tandatangan Pemohon

Bagi Kegunaan Pejabat

Permohonan *diluluskan/ditolak oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah

Persekutuan Labuan dalam mesyuaratnya pada .........................................

Tarikh:............................

..................................................

Pendaftar Hakmilik

Wilayah Persekutuan Labuan

* Potong jika tidak berkenaan

Hakmilik Anak Negeri Labuan 19

BORANG 6

Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

[Subseksyen 8(3)]

NOTIS PEMBATALAN PEGANGAN ANAK NEGERI

Kepada:

...........................................

...........................................

...........................................

...........................................

Saya dengan ini memberitahu tuan bahawa permohonan tuan bertarikh

.......................... untuk membatalkan tanah ............................(No. Hakmilik)

.........................................(No. Lot).....................................(Kawasan) daripada menjadi pegangan anak negeri telah *diluluskan/ditolak oleh Jawatankuasa

Kerja Tanah bagi Wilayah Persekutuan Labuan dalam mesyuaratnya pada ..................................

2. *Dalam hal jika permohonan tuan diluluskan, tuan dengan ini diminta untuk mengemukakan kepada saya, dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian notis ini, dokumen hakmilik keluaran bagi tanah tersebut bagi maksud mengkenselkan memorial di dalamnya sebagai pegangan anak negeri, yang kegagalan tuan untuk berbuat demikian mengakibatkan keputusan di atas luput.

Tarikh:............................

..................................................

Pendaftar Hakmilik

Wilayah Persekutuan Labuan

* Potong jika tidak berkenaan

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Subseksyen 19(1)]

SENARAI INSTITUSI KEWANGAN

Affin Bank Berhad

AFFIN-ACF Finance Berhad

Affin Merchant Bank Berhad

Alliance Bank Malaysia Berhad

Alliance Merchant Bank Berhad

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 667

Am Bank Berhad

Am Finance Berhad

Am Merchant Bank Berhad

Bumiputra-Commerce Bank Berhad

Bumiputra-Commerce Finance Berhad

Commerce International Merchant Bankers Berhad

EON Bank Berhad

EON Finance Berhad

Malaysian International Merchant Bankers Berhad

Hong Leong Bank Berhad

Malayan Banking Berhad

Mayban Finance Berhad

Aseambankers Malaysia Berhad

Public Bank Berhad

Public Finance Berhad

Public Merchants Bank Berhad

RHB Bank Berhad

RHB Delta Finance Berhad

RHB Sakura Merchant Bankers Berhad

Southern Bank Berhad

Southern Finance Berhad

Southern Investment Bank Berhad

Utama Merchants Bank Berhad

Kewangan Bersatu Berhad

Bank Industri Berhad

Bank Negara Malaysia

Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Muamalat Malaysia Berhad

Malaysia Industrial Development Finance Berhad

Bank Pembangunan Malaysia Berhad

Bank Pertanian Malaysia

Sabah Development Bank Berhad

Hakmilik Anak Negeri Labuan 21

Jadual

Suggest a correction

Jadual Ketiga

[Subseksyen 20(1)]

SENARAI BADAN BERKANUN, KOPERASI DAN PERTUBUHAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad

Lembaga Pertubuhan Peladang

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar

Koperasi Pembangunan Desa

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

22

Undang-Undang Malaysia

Akta 667

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 667

AKTA Hakmilik anak negeri Labuan 2007

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

– Tiada –

Hakmilik Anak Negeri Labuan 23

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 667

AKTA Hakmilik anak negeri Labuan 2007

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– Tiada –

Common questions

What is LABUAN NATIVE TITLE ACT 2007?
AKTA HAKMILIK ANAK NEGERI LABUAN 2007 is Malaysia Act, cited as Act 667 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Is LABUAN NATIVE TITLE ACT 2007 still in force?
Yes — LABUAN NATIVE TITLE ACT 2007 is currently in force.
When did LABUAN NATIVE TITLE ACT 2007 take effect?
LABUAN NATIVE TITLE ACT 2007 was first recorded in 2007.
How many schedules does LABUAN NATIVE TITLE ACT 2007 have?
LABUAN NATIVE TITLE ACT 2007 contains 6 schedules.
Where can I read the official version of LABUAN NATIVE TITLE ACT 2007?
The official text of LABUAN NATIVE TITLE ACT 2007 is published at lom.agc.gov.my.