/akn/my/act/act/2011/729

AKTA INSTITUT SUKAN NEGARA 2011

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2011
Sections
49
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA INSTITUT SUKAN NEGARA 2011 is Malaysia Act, cited as Act 729 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Institut Sukan Negara, untuk menyatakan fungsi dan kuasa Institut, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan atau bersampingan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“ahli sukan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576];

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

“atlet” ertinya ahli sukan yang menerima latihan dan bertanding dalam pertandingan atau acara sukan;

“atlet yang berpotensi” ertinya ahli sukan yang mempunyai keupayaan fizikal yang cemerlang mengikut peringkat umur dan berkebolehan menguasai kemahiran lokomotor serta boleh menerima proses pembelajaran kecerdasan emosi dengan baik dan memiliki semangat daya saing yang tinggi;

“badan sukan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Pembangunan Sukan 1997;

“entiti Kerajaan” ertinya—

(a)

Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya;

“Institut” ertinya Institut Sukan Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 18(1) dan termasuklah mana-mana Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang diarahkan di bawah subseksyen 18(6) untuk melaksanakan tugas Ketua Pegawai

Eksekutif;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Institut Sukan

Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;

“Majlis Sukan Negara” ertinya Majlis Sukan Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 [Akta 29];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sukan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Institut yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(a);

Institut Sukan Negara 9

“perubatan sukan” ertinya amalan perubatan oleh pengamal perubatan dalam mencegah, mendiagnos dan mengurus kecederaan dan keadaan perubatan berhubung dengan sukan dan aktiviti senaman;

“sains sukan” ertinya bidang yang berkaitan dengan pemakaian prinsip saintifik bagi memperbaik prestasi kesukanan.

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Institut adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Institut boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih;

dan

Suggest a correction

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, memajakkan, menyerahhak semula, memindahkan atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Institut.

Meterai perbadanan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau oleh mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif secara bertulis.

Suggest a correction

(3)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang pegawai atau pekerja

Institut yang diberi kuasa bagi maksud itu.

Suggest a correction

(5)

Meterai perbadanan Institut hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Fungsi Institut

Suggest a correction

Seksyen 5

Akta 729

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang berkenaan dengan aspek saintifik berhubung dengan prestasi atlet;

Suggest a correction

(b)

untuk merumuskan, mengesyorkan dan mengkaji semula kaedah dan langkah saintifik yang meningkatkan prestasi atlet;

Suggest a correction

(c)

untuk bekerjasama dengan mana-mana entiti Kerajaan, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, badan sukan atau mana-mana organisasi dalam program untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan;

Suggest a correction

(d)

untuk menyediakan perkhidmatan saintifik, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan dalam sains sukan dan perubatan sukan;

Suggest a correction

(e)

untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana orang, badan atau organisasi yang terlibat dalam pembangunan sains sukan dan perubatan sukan, di dalam dan di luar Malaysia;

Institut Sukan Negara 11

Suggest a correction

(f)

untuk menyediakan dan menjalankan pemeriksaan dan rawatan perubatan yang perlu untuk ahli sukan;

Suggest a correction

(g)

untuk menjadi pusat maklumat, pusat sumber dan pusat rujukan bagi sains sukan dan perubatan sukan;

Suggest a correction

(h)

untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyenggara rekod mengenai semua perkara yang berhubungan dengan aspek saintifik prestasi atlet;

Suggest a correction

(i)

untuk menjalankan dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang sains sukan, perubatan sukan dan bidang lain yang berkaitan yang difikirkannya perlu; dan

Suggest a correction

(j)

untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Kuasa Institut

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Institut termasuklah kuasa—

(a)

untuk menjalankan kursus dan program latihan dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan;

Suggest a correction

(b)

untuk menstruktur dan menentukan komponen sains sukan dan perubatan sukan dalam apa-apa program bagi persediaan atlet dan membantu dalam pelaksanaannya, di dalam dan di luar Malaysia;

Suggest a correction

(c)

untuk menyelia teknik-teknik sains sukan dalam apa-apa program bagi persediaan atlet dan menyediakan sokongan teknikal yang perlu;

Suggest a correction

(d)

untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa pemeriksaan, pengujian dan penilaian fizikal atau selainnya, dalam apa-apa program untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi;

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Suggest a correction

(e)

untuk memeriksa, menguji dan menilai kompetensi jurulatih berkenaan dengan kemahiran dan teknik yang berkaitan dalam sains sukan;

Suggest a correction

(f)

tertakluk kepada subseksyen (3), untuk menubuhkan, menyenggara dan mentadbir klinik, farmasi, makmal dan kemudahan lain bagi perubatan sukan;

Suggest a correction

(g)

untuk menubuhkan dan menyenggara mana-mana tempat atau kemudahan di mana perkhidmatan saintifik, nasihat, perundingan, penyelidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan boleh disediakan;

Suggest a correction

(h)

untuk mengusahakan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang sains sukan, perubatan sukan dan bidang lain yang berkaitan;

Suggest a correction

(i)

untuk memudahkan dan menjalankan latihan dalam sains sukan dan perubatan sukan secara bersesama atau secara bersekutu, secara gabungan atau usaha sama dengan mana-mana entiti Kerajaan, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, badan sukan atau organisasi;

Suggest a correction

(j)

untuk membuat rundingan, perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana orang, badan atau organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, sebagaimana yang difikirkannya patut bagi menunaikan fungsinya;

Suggest a correction

(k)

untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan apa-apa dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi Institut;

Suggest a correction

(l)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan yang berhubungan dengan penyelidikan, pengujian, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Institut;

Suggest a correction

(m)

untuk mengutip dan menerima apa-apa wang berhubung dengan penggunaan kemudahannya dan sebagai balasan bagi perkhidmatan lain yang diberikan oleh Institut;

Suggest a correction

(n)

untuk membuat sumbangan kepada badan atau organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, yang Institut merupakan anggotanya atau kepada mana-mana organisasi yang berhubungan dengan sains sukan dan perubatan sukan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan

Institut Sukan Negara 13

Suggest a correction

(o)

untuk membuat semua perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Kuasa Institut di bawah perenggan (2)(f) hendaklah tertakluk kepada apa-apa undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penubuhan, penyenggaraan dan pentadbiran mana-mana klinik, farmasi, makmal dan kemudahan lain.

Keanggotaan Institut

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

Suggest a correction

(c)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sukan atau wakilnya;

Suggest a correction

(d)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan atau wakilnya;

Suggest a correction

(e)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan atau wakilnya;

Suggest a correction

(f)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengajian tinggi atau wakilnya;

Suggest a correction

(g)

Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelajaran atau wakilnya;

Suggest a correction

(h)

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara atau wakilnya;

Suggest a correction

(i)

Presiden Majlis Olimpik Malaysia atau wakilnya; dan

Suggest a correction

(j)

tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri, yang pada pendapat Menteri, mempunyai kemahiran khas, pengalaman, kelayakan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan sains sukan dan perubatan sukan.

Suggest a correction

(2)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Institut.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh meminda peruntukan Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Tempoh jawatan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota Institut yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(a) atau (j) adalah layak untuk dilantik semula.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(b)

Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia;

atau

Suggest a correction

(c)

Pengerusi, bagi apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

Suggest a correction

(2)

Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen

Suggest a correction

(1)

hendaklah, dalam tempoh dia melaksanakan fungsi sebagai

Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota Institut boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada Menteri.

Institut Sukan Negara 15

Pengosongan jawatan dan pengisian kekosongan

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)

selama tempoh yang melebihi dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Institut atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Institut;

Suggest a correction

(e)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(f)

dia tidak menghadiri mesyuarat Institut tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;

Suggest a correction

(2)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(a) atau (j) terhenti menjadi anggota Institut, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.

Elaun

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Anggota Institut hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Menteri Kewangan.

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Seksyen 14

Arahan oleh Menteri

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh memberi Institut arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Institut dan Institut hendaklah melaksanakan arahan itu.

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Institut hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri.

Seksyen 16

Pewakilan fungsi dan kuasa Institut

Open as pageSuggest a correction

(b)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Institut;

atau

Suggest a correction

(c)

mana-mana pegawai atau pekerja Institut, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh anggota, jawatankuasa, pegawai atau pekerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Institut.

Suggest a correction

(2)

Seseorang anggota, jawatankuasa, pegawai atau pekerja yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil perhatian akan semua syarat, had atau sekatan yang dikenakan oleh Institut.

Institut Sukan Negara 17

Suggest a correction

(3)

Institut boleh mewakilkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau di bawah kawalan Institut ke takat yang dinyatakan oleh Institut.

Suggest a correction

(4)

Suatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang

Institut sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.

Institut boleh menubuhkan jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen

Suggest a correction

(1)

hendaklah menimbangkan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Institut dan membuat syor yang sesuai mengenainya kepada

Institut.

Suggest a correction

(3)

Institut boleh memilih mana-mana anggotanya atau mana-mana orang lain menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Institut boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(5)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Institut.

Suggest a correction

(6)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(7)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Suggest a correction

(8)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (7) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Institut.

Suggest a correction

(9)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(10)

Institut boleh, pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(11)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi Institut.

Suggest a correction

(12)

Jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

Suggest a correction

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya diserahkan kepada

Institut seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(13)

Mana-mana minit yang dibuat mengenai mesyuarat jawatankuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

Suggest a correction

(14)

Tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat mengikut subseksyen (12) dan

Suggest a correction

(13)

hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, PEGAWAI DAN PEKERJA INSTITUT

Suggest a correction

Kuasa dan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Institut hendaklah meletak hak pada Ketua Pegawai Eksekutif apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Institut.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Institut.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Institut.

Suggest a correction

(6)

Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada buat sementara di

Malaysia atau tidak berupaya untuk sementara oleh sebab sakit atau oleh apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pegawai Eksekutif adalah kosong pada masa itu, Institut boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Ketua

Pegawai Eksekutif untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai

Eksekutif semasa ketiadaan atau ketidakupayaan sementara itu.

Pengambilan khidmat pegawai dan pekerja lain Institut

Suggest a correction

Seksyen 19

Institut Sukan Negara 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekerja Institut.

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun layak untuk diambil berkhidmat sebagai pegawai atau pekerja Institut jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau menerusi pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Institut.

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Suggest a correction

(4)

Institut boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekerjanya.

Suggest a correction

(5)

Institut boleh menerima pakai, dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut, apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling atau arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh

Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah

Bahagian ini.

Bantuan kewangan kepada pegawai, pekerja dan orang lain

Suggest a correction

Seksyen 20

Institut boleh memberikan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

bayaran faedah persaraan, gratuiti dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Institut kepada pegawai dan pekerja

Institut;

Suggest a correction

(b)

subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, dan pembiayaan atau pinjaman ihsan yang lain, kepada pegawai dan pekerja Institut;

Suggest a correction

(c)

subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan kepada pegawai dan pekerja Institut, dan tanggungan mereka;

Suggest a correction

(d)

kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada pegawai dan pekerja Institut atau mana-mana orang lain;

dan

Suggest a correction

(e)

derma kepada mana-mana orang, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Institut.

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

PERKHIDMATAN DALAM SAINS SUKAN DAN PERUBATAN SUKAN

Suggest a correction

Perkhidmatan kepada Majlis Sukan Negara

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perkhidmatan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk—

(a)

menyediakan perkhidmatan sains sukan dan perubatan sukan dalam program latihan atlet;

Suggest a correction

(b)

membuat syor mengenai penggunaan kemahiran dan teknik yang relevan berhubung dengan sains sukan dalam apa-apa aktiviti, acara atau pertandingan sukan;

Suggest a correction

(c)

menjalankan apa-apa pemeriksaan, pengujian dan penilaian terhadap prestasi seseorang atlet yang dirujuk kepada

Institut oleh Majlis Sukan Negara dan membuat apa-apa syor bagi memperbaik prestasi atlet itu;

Suggest a correction

(d)

melaksanakan rawatan yang perlu bagi dan pengurusan—

Suggest a correction

(i)

keadaan perubatan seseorang ahli sukan; dan

(ii)

kecederaan yang dialami oleh seseorang ahli sukan dalam apa-apa aktiviti, acara atau pertandingan sukan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(e)

memantau dan menguruskan perkhidmatan yang diberikan di bawah perenggan (a) hingga (d).

Program untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 22

Institut Sukan Negara 21

Open as pageSuggest a correction

Institut boleh menjalankan apa-apa program asas pengenalpastian bakat dan program lanjutan.

Seksyen 23

Pangkalan data

Open as pageSuggest a correction

(2)

Institut boleh membuat permintaan bertulis bagi apa-apa maklumat tambahan yang berhubungan dengan atlet dan atlet yang berpotensi daripada mana-mana entiti Kerajaan, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, badan atau organisasi sukan bagi maksud mengemaskinikan pangkalan data itu.

22

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSIALAN

Suggest a correction

Pusat satelit

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pusat satelit yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah diketuai oleh seseorang yang dilantik oleh Institut.

Suggest a correction

(3)

Ketua pusat satelit hendaklah bertanggungjawab kepada

Institut dan hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan yang diberikan oleh Institut kepadanya.

Suggest a correction

(4)

Pusat satelit yang menyenggarakan klinik, farmasi, makmal dan kemudahan lain bagi perubatan sukan hendaklah tertakluk kepada apa-apa undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penubuhan, penyenggaraan dan pentadbiran klinik, farmasi, makmal, dan kemudahan lain itu.

Suggest a correction

(5)

Pusat satelit hendaklah menggunakan apa-apa nama yang diberikan oleh Institut.

Penyelidikan dalam sains sukan dan perubatan sukan

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Institut boleh menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan sains sukan dan perubatan sukan—

(b)

untuk mempertingkat prestasi atlet dalam apa-apa aktiviti, acara atau pertandingan sukan; dan

Suggest a correction

(c)

untuk menyediakan tatacara dan teknik bagi menguruskan kecederaan yang dialami oleh atlet akibat daripada apa-apa aktiviti, acara atau pertandingan sukan.

Institut Sukan Negara 23

Harta dalam dapatan penyelidikan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Harta dalam apa-apa dapatan penyelidikan yang diusahakan oleh Institut yang dibiayai oleh mana-mana orang, enterpris swasta atau organisasi hendaklah terletak hak pada Institut dan mana-mana orang, enterpris swasta atau organisasi itu secara bersesama, tertakluk kepada terma dalam apa-apa perjanjian antara Institut dengan orang, enterpris swasta atau organisasi itu.

Suggest a correction

(3)

Institut boleh menyediakan apa-apa dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Institut menurut kuasa subseksyen (1)

kepada mana-mana orang atau badan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan pembayaran apa-apa fi, royalti atau balasan lain, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh Institut.

Akses kepada dapatan penyelidikan dan kemudahan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Institut boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat dan pembayaran apa-apa fi, royalti atau balasan lain, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh Institut, mengkomersialkan atau menyebabkan supaya dikomersialkan apa-apa dapatan penyelidikan atau menyediakan apa-apa dapatan penyelidikan kepada mana-mana orang bagi maksud pengkomersialan.

24

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggara dan dikendalikan oleh Institut.

Suggest a correction

(3)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;

Suggest a correction

(b)

wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

Suggest a correction

(c)

wang yang diperoleh atau didapati daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Institut;

Suggest a correction

(d)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Institut;

Suggest a correction

(e)

jumlah wang yang dipinjam oleh Institut bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan apa-apa kewajipannya;

Suggest a correction

(f)

wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Institut;

Suggest a correction

(g)

wang yang diterima oleh Institut melalui pemberian;

Suggest a correction

(h)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh Institut;

dan

Suggest a correction

(i)

semua wang dan harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Institut berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Institut Sukan Negara 25

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Institut;

Suggest a correction

(b)

membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota

Institut, anggota jawatankuasa, pegawai dan pekerja Institut, termasuk pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran;

Suggest a correction

(c)

membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan;

Suggest a correction

(d)

menyumbang kepada badan atau organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, yang Institut merupakan anggotanya atau kepada mana-mana organisasi yang berhubungan dengan sains sukan dan perubatan sukan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

Suggest a correction

(e)

memberikan bantuan kewangan di bawah seksyen 20;

Suggest a correction

(f)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan perolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sewajarnya oleh Institut dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(g)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(h)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 38 dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;

dan

Suggest a correction

(i)

secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

26

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Pemeliharaan Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 31

Menjadi kewajipan Institut untuk memelihara Kumpulan

Open as pageSuggest a correction

Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil

Institut mencukupi untuk memenuhi semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 32

Kumpulan wang rizab

Open as pageSuggest a correction

Institut hendaklah menubuhkan dan menyenggara suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.

Seksyen 33

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum 1 September setiap tahun, Institut hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Menteri hendaklah, sebelum awal tahun yang berikutnya, memberitahu Institut mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Institut boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu

Suggest a correction

(5)

Menteri boleh mengarahkan Institut supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Institut Sukan Negara 27

Tahun kewangan

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

Tahun kewangan Institut hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Seksyen 35

Akaun dan laporan

Open as pageSuggest a correction

Institut hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sewajarnya bagi Kumpulan Wang disimpan dan hendaklah, seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu suatu penyata akaun Institut yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan.

Seksyen 36

Akaun bank

Open as pageSuggest a correction

Institut hendaklah membuka dan menyenggara akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Institut, dan tiap-tiap akaun hendaklah dikendalikan setakat yang boleh dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Institut bagi maksud itu dari semasa ke semasa.

Seksyen 37

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Open as pageSuggest a correction

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Institut.

Bahagian VII

Bahagian VII

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

Institut boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma mengenai masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan

Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh

Institut bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya.

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Seksyen 39

Kuasa untuk melabur

Open as pageSuggest a correction

Wang Institut hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Institut di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri

Kewangan.

Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb.

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

Institut boleh mengambil khidmat, melantik dan membayar ejen, kontraktor dan penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsinya, penjalanan kuasanya atau penunaian kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Seksyen 41

Kuasa untuk menubuhkan syarikat

Open as pageSuggest a correction

Institut boleh menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan dan mempunyai tanggungjawab, pengendalian dan pengurusan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Institut dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya.

Bantuan kewangan kepada syarikat yang ditubuhkan oleh

Institut, dsb.

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini, Institut boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, memberikan bantuan kewangan—

(a)

kepada mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah seksyen 41; dan

Suggest a correction

(b)

kepada mana-mana orang yang terlibat dalam menjalankan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi yang berhubungan dengan sains sukan dan perubatan sukan, dengan atau tanpa bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma mengenai masa dan cara pembayaran balik dan selainnya.

Institut Sukan Negara 29

Suggest a correction

Bahagian VIII

Bahagian VIII

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap—

(b)

mana-mana anggota Institut atau jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekerja atau ejen Institut; atau

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Institut, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian, keingkaran atau peninggalan yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat sedemikian.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 45

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Institut atau terhadap mana-mana anggota

Institut, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekerja atau ejen Institut berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian, keingkaran atau peninggalan yang dibuat atau ditinggalkan olehnya atas sifat sedemikian.

30

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Seksyen 46

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap anggota Institut atau sesuatu jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekerja atau ejen Institut, semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, pekerja atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 47

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—

(a)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada Institut di bawah Akta ini dan cara kutipan dan pembayaran fi dan caj itu;

Suggest a correction

(b)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mentadbir

Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(c)

mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan program asas pengenalpastian bakat dan program lanjutan bagi atlet yang berpotensi; dan

Suggest a correction

(d)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dijangkakan oleh, atau yang perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya peruntukan Akta ini.

Tindakan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta ini

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

Semua tindakan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang bagi pihak Institut sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa tindakan atau perkara yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat daripada melakukan tindakan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai hak dan obligasi Institut.

Institut Sukan Negara 31

Jadual

Suggest a correction

Jadual

[Subseksyen 7(2)]

Mesyuarat

1. (1) Institut hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap empat bulan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.

(2)

Suatu notis bertulis mengenai mesyuarat itu hendaklah diberikan kepada anggota Institut.

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Institut.

(4)

Kuorum Institut ialah lima orang.

(5)

Tiap-tiap anggota Institut yang hadir pada mesyuarat adalah berhak kepada satu undi.

(6)

Jika mengenai suatu persoalan untuk ditentukan oleh Institut terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Institut boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

2. (1) Institut boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Institut bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

(2)

Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Institut.

Penzahiran kepentingan

3. Seseorang anggota Institut yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau perusahaan yang dengannya Institut bercadang untuk membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Institut hendaklah menzahirkan kepada Institut hakikat dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Institut dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Institut yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

32

Undang-Undang Malaysia

Akta 729

Minit

4. (1) Institut hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Institut, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat Institut yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Kesahan tindakan dan prosiding

5. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah

Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a)

ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada kecacatan dalam penubuhan

Institut;

(b)

pelanggaran oleh mana-mana anggota Institut terhadap peruntukan perenggan 3; atau

(c)

sesuatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Tatacara

6. Tertakluk kepada Akta ini, Institut hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Institut

7. Tiap-tiap anggota Institut hendaklah menumpukan masa kepada urusan

Institut sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan.

Common questions

What is NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011?
AKTA INSTITUT SUKAN NEGARA 2011 is Malaysia Act, cited as Act 729 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.
Is NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 still in force?
Yes — NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 is currently in force.
When did NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 take effect?
NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 was first recorded in 2011.
How many sections does NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 have?
NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 contains 48 sections.
Where can I read the official version of NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011?
The official text of NATIONAL SPORTS INSTITUTE ACT 2011 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA INSTITUT SUKAN NEGARA 2011 (No. 729) | mylaw.my