PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2012/738
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN 2012 is Malaysia Act, cited as Act 738 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya anggota Pihak Berkuasa di bawah seksyen 4;
“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
“Pengerusi” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan;
“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Peranti Perubatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2);
“undang-undang peranti perubatan” ertinya Akta ini dan Akta
Peranti Perubatan 2012 [Akta 737], dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang ini.
Bahagian II
Penubuhan Pihak Berkuasa
Pihak Berkuasa adalah kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan.
Pihak Berkuasa boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasa, boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut—
memperoleh, membeli, mengambil, mencagar, memegang, menjual dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih; dan
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan, atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan mana-mana harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada Pihak Berkuasa.
Keanggotaan Pihak Berkuasa
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 9
tidak lebih daripada lima orang yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman dalam hal perkara peranti perubatan yang dilantik oleh Menteri.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
Menteri boleh meminda peruntukan dalam Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Tempoh jawatan
Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(e) hendaklah layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal berturut-turut.
Elaun
Semua anggota lain Pihak Berkuasa, selain Ketua Eksekutif, hendaklah dibayar apa-apa elaun pada kadar yang ditentukan oleh
Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.
Pengerusi
Semasa ketiadaan Pengerusi atas apa-apa sebab, Menteri hendaklah melantik Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan untuk melaksanakan tugas-tugas Pengerusi.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 11
Seseorang anggota selain Ketua Eksekutif boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang dialamatkan kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota Pihak Berkuasa, selain Ketua Eksekutif hendaklah menjadi kosong jika—
telah dibuktikan terhadapnya atau jika dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan melibatkan penipuan, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Pihak Berkuasa atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Pihak Berkuasa;
dalam hal Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak
Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Menteri;
dalam hal seseorang anggota Pihak Berkuasa selain
Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(e) terhenti menjadi anggota Pihak Berkuasa, Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.
Jawatankuasa
Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 13
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada, dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh
Pihak Berkuasa.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Penzahiran kepentingan
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Pihak Berkuasa atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Seseorang anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 15
Tiada tindakan atau prosiding Pihak Berkuasa atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
Bagi maksud subseksyen (1)—
“anggota keluarganya” termasuklah—
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta
Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau
CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 126] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017 —lihat seksyen 620(1) Akta 777.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
Bahagian III
melaksanakan dan menguatkuasakan dan menimbangkan dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang peranti perubatan;
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan peranti perubatan, industri peranti perubatan dan aktivitinya;
untuk menggalakkan dan mempromosi pembangunan peranti perubatan, industri peranti perubatan dan aktivitinya termasuklah dalam bidang penyelidikan dan latihan;
untuk memberi perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain berhubung dengan peranti perubatan, industri peranti perubatan dan aktivitinya;
untuk menggunakan segala harta Pihak Berkuasa, harta alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Pihak Berkuasa termasuk mendapatkan pinjaman bagi menggadai janji apa-apa harta;
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 17
untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; dan
untuk memberi pinjaman dan biasiswa kepada pekhidmat
Pihak Berkuasa bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.
Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu, bagi atau berkaitan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Pewakilan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa
Seseorang anggota Pihak Berkuasa atau suatu jawatankuasa mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa tersebut terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa.
Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Pihak
Berkuasa daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi Pihak Berkuasa arahan yang bersifat am selaras dengan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa dan Pihak Berkuasa hendaklah melaksanakan arahan itu dengan seberapa segera yang mungkin.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan ulasan dan dasar Pihak Berkuasa dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Bahagian IV
Ketua Eksekutif
Semasa ketiadaan Ketua Eksekutif atas apa-apa sebab, Menteri hendaklah melantik seorang pegawai Pihak Berkuasa untuk melaksanakan tugas-tugas Ketua Eksekutif.
Pihak Berkuasa hendaklah meletakhakkan pada ketua eksekutif apa-apa fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa di bawah Akta ini.
Ketua
Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Pihak
Berkuasa pada keseluruhannya.
Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.
Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Menteri atau Pihak Berkuasa.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 19
Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, menentukan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.
Pinjaman dan wang pendahuluan
Pihak Berkuasa boleh memberikan pinjaman dan wang pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pihak
Berkuasa.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
Pembayaran faedah persaraan, dsb.
Pihak Berkuasa boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai dan pekhidmatnya dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.
Pihak Berkuasa boleh, dengan kelulusan Menteri, menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, dasar, surat pekeliling dan arahan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini.
Pengambilan khidmat
Tiap-tiap orang yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Pihak Berkuasa hendaklah diambil khidmat oleh Pihak Berkuasa atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan oleh Pihak Berkuasa, skim dan terma dan syarat perkhidmatan termasuk undang-undang yang terpakai bagi kelakuan dan tatatertib pekerja Kerajaan hendaklah, secara mutatis mutandis terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil khidmat oleh Pihak
Berkuasa di bawah subseksyen (1).
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 21
Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada skim dan terma dan syarat perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.
Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib
Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh sesuatu pihak berkuasa tatatertib Pihak Berkuasa menurut seksyen ini hendaklah berkenaan dengan pekerja Kerajaan itu sedemikian mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dengan perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan
Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).
Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1)
dalam pemakaiannya kepada pekerja Kerajaan itu jika perlu bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
Bahagian V
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini dan undang-undang peranti perubatan;
semua atau mana-mana bahagian fi pendaftaran, lesen atau fi lain, caj pentadbiran, levi atau caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa di bawah undang-undang peranti perubatan;
semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa;
semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Pihak
Berkuasa;
semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak
Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya;
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 23
semua wang lain yang diterima secara sah oleh Pihak
Berkuasa.
Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Pihak
Berkuasa dan anggota jawatankuasa dan saraan, elaun dan perbelanjaan lain pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, termasuklah pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran;
membayar apa-apa belanja, kos, perbelanjaan atau bayaran lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh
Pihak Berkuasa dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang peranti perubatan termasuklah pengambilan perunding, fi dan kos guaman serta caj dan kos lain;
membeli atau menyewa kelengkapan, mesin dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasa di bawah undang-undang peranti perubatan;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjamkan di bawah seksyen 28 dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan undang-undang peranti perubatan.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
Pihak Berkuasa berkewajipan memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah
Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Pihak Berkuasa mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum 1 September setiap tahun, Pihak Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan termasuklah perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Pihak Berkuasa amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).
Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan tambahannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 25
Akaun bank
Pihak Berkuasa hendaklah membuka dan menyenggara suatu akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana institusi atau institusi-institusi kewangan di Malaysia yang difikirkan patut oleh Pihak
Berkuasa, selepas berunding dengan Menteri; dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan seberapa yang boleh melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak
Berkuasa bagi maksud itu dari semasa ke semasa.
Kuasa untuk meminjam
Pihak Berkuasa boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh Pihak Berkuasa bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana kewajipannya.
Pelaburan
Wang Pihak Berkuasa hendaklah, setakat yang tidak diperlukan untuk dibelanjakan dengan segera oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri kewangan.
Tatacara kewangan
Pihak Berkuasa hendaklah menentukan tatacara kewangannya sendiri.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
Tahun kewangan
Tahun kewangan Pihak Berkuasa hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Akaun dan laporan
suatu penyata akaun Pihak Berkuasa yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan supaya penyata akaun itu diaudit oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh Pihak
Berkuasa.
Pihak Berkuasa hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.
Bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
Pihak Berkuasa boleh atas arahan Kerajaan Persekutuan menyebabkan dibayar kepada
Kumpulan
Wang
Disatukan
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 27
Persekutuan suatu amaun tidak melebihi dua puluh peratus daripada lebihan semasa tahunannya selepas tahun kelima pengendaliannya.
Bahagian VI
Pemulaan pendakwaan
Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis daripada Pendakwa
Raya.
Pekhidmat awam
Pihak
Berkuasa dan mana-mana jawatankuasanya, dan semua pegawai dan ejen Pihak Berkuasa, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini sebagai
Pengerusi, anggota, pegawai atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pihak Berkuasa, mana-mana anggota Pihak
Berkuasa, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai atau ejen Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
Kewajipan kerahsiaan
tiada anggota
Pihak
Berkuasa atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai atau ejen Pihak
Berkuasa atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam tempoh jawatannya atau dalam tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya dan yang tidak disiarkan menurut
Akta ini; dan
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pewakilan dalam prosiding sivil
Walau apa pun dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
dalam mana-mana prosiding sivil yang lain dalamnya
Pihak Berkuasa dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar,
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 29
mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa bagi maksud itu boleh, bagi pihak Pihak Berkuasa, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Pihak Berkuasa.
Kuasa untuk mengambil khidmat
Pihak Berkuasa boleh mengambil khidmat dan membayar ejen, penasihat teknikal dan badan penilaian pematuhan, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, perunding dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Peraturan-peraturan
Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa, membuat peraturan-peraturan sebagaimana perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya atau bagi melaksanakan peruntukan
Akta ini.
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta ini
Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Pihak Berkuasa sebagai persediaan atau ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Pihak
Berkuasa daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Pihak Berkuasa.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
JADUAL
[Seksyen 4]
Masa dan tempat mesyuarat
1. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat.
Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya dua orang anggota Pihak
Berkuasa.
Kuorum
2. Pengerusi dan empat anggota Pihak Berkuasa yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa.
Undi pemutus
3. Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Pihak Berkuasa terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Pihak Berkuasa boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
4. (1) Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Pihak Berkuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkannya, tetapi mana-mana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Ketetapan tanpa bermesyuarat
5. (1) Sesuatu ketetapan dianggap telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat Pihak
Berkuasa jika—
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 31
(a)
semua anggota Pihak Berkuasa telah dimaklumkan tentang ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memaklumkan semua anggota Pihak Berkuasa tentang ketetapan yang dicadangkan itu; dan
(b)
tanpa bermesyuarat, semua anggota Pihak Berkuasa menandakan persetujuan tentang ketetapan itu mengikut cara yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (2).
Subperenggan (1) terpakai hanya jika Pihak Berkuasa—
(a)
memutuskan bahawa subperenggan itu terpakai; dan
(b)
memutuskan cara yang dengannya anggota Pihak Berkuasa boleh menandakan persetujuan tentang ketetapan itu.
Meterai perbadanan
6. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa dan meterai itu dari semasa ke semasa boleh ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa.
(2)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Ketua Eksekutif dan hendaklah disahkan olehnya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Eksekutif secara bertulis.
(3)
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, dan yang disahkan mengikut subseksyen (2), hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), mana-mana surat ikatan, dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh pegawai Pihak Berkuasa yang diberi kuasa oleh
Pihak Berkuasa bagi maksud itu.
(5)
Meterai Pihak Berkuasa hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
Minit
7. (1) Pihak Berkuasa dan tiap-tiap jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan salinan minit kesemua mesyuaratnya dikemukakan kepada Pihak Berkuasa dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(3)
Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Pihak Berkuasa atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.
(4)
Tiap-tiap mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkenaan dengan prosiding yang minitnya telah dibuat sewajarnya mengikut subperenggan (1)
dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Tatacara
8. Pihak Berkuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Kesahan perbuatan dan prosiding
9. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
(a)
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan Pihak Berkuasa; atau
(b)
apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Pihak Berkuasa
10. Anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan Pihak
Berkuasa sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan.
33
Akta 738
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari-TIADA -
34
Akta 738
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA -