Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Pengawal,
Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal, boleh melucuthakkan atau memulangkan apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.