Skip to content

Seksyen 5

Pindaan seksyen 16a

of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 5 of 20
Seksyen 5

Subperenggan 16a(3)(c)(ii) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “, atau bagi pihak, badan yang mentadbirkan suatu institusi bagi membantu orang yang tidak berupaya menulis atau membaca semata-mata bagi maksud mengadakan bantuan, sama ada oleh institusi itu atau selainnya, kepada orang yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, intelek atau menulis dan membaca” dengan perkataan “orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, atau entiti yang diberi kuasa atau badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan, semata-mata bagi maksud membantu orang yang kurang pendengaran atau orang dengan ketidakupayaan cetakan”.