Skip to content

Seksyen 4

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 4 of 20
Seksyen 4

(a)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dalam perenggan (gggg), dengan memotong perkataan

“kurang penglihatan atau”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (gggg)

perenggan yang berikut:

“(ggggg) pembuatan dan pengeluaran salinan apa-apa karya ke dalam salinan format boleh akses atas terma yang ditentukan oleh Menteri, oleh—

(i)

entiti yang diberi kuasa; atau

(ii)

orang dengan ketidakupayaan cetakan atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya;”;

(iii)

dalam perenggan (p), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu;

(iv)

dalam perenggan (q), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1645

(v)

dengan memasukkan selepas perenggan (q) perenggan yang berikut:

“(r) pengimportan bagi maksud pengedaran atau menjadikan tersedia salinan apa-apa karya dalam salinan format boleh akses oleh entiti yang diberi kuasa, orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, dan atas terma yang ditentukan oleh Menteri; dan

(s)

pengeksportan bagi maksud pengedaran atau menjadikan tersedia salinan apa-apa karya dalam salinan format boleh akses oleh entiti yang diberi kuasa kepada anggota Triti Marrakesh dan atas terma yang ditentukan oleh Menteri.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2a) subseksyen yang berikut:

“(2b)  Bagi maksud perenggan 2(s), “Triti Marrakesh”

ertinya Triti Marrakesh untuk Memudahkan Akses kepada Karya yang telah Diterbitkan bagi Orang yang Buta, Kurang Penglihatan, atau Ketidakupayaan

Cetakan Selainnya yang dibuat di Marrakesh pada 27 Jun 2013.

(2c)

Bagi maksud perenggan (2)(ggggg), (r) dan (s),

Menteri boleh melalui perintah menetapkan mana-mana badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan yang menyediakan pendidikan, latihan pengajaran, penyesuaian bacaan atau akses maklumat kepada orang dengan ketidakupayaan cetakan sebagai entiti yang diberi kuasa.”.

Hak Cipta (Pindaan)

7