Skip to content

Seksyen 8

Seksyen 27a Akta ibu dipinda—

of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 8 of 20
Seksyen 8

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Suatu persatuan atau pertubuhan” dengan perkataan “Suatu pertubuhan perbadanan”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “atau bagi golongan pemunya hak cipta tertentu” dengan perkataan

“, pencipta atau pelaku”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu;

(ii)

dalam perenggan (b)—

(A)

dengan memasukkan selepas perkataan

“pemunya hak cipta” perkataan

“, pencipta atau pelaku”; dan

(B)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”;

dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(c) dokumen konstituen pemohon yang berhubungan dengan kutipan dan pengagihan skim pelesenan.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah disertakan dengan fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.”;

Hak Cipta (Pindaan)

(d)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“badan pelesenan” dengan perkataan “organisasi pengurusan kolektif bagi tempoh dua tahun”;

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Suatu permohonan bagi pembaharuan perisytiharan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)

hendaklah dibuat oleh organisasi pengurusan kolektif kepada Pengawal tidak lewat daripada enam puluh hari sebelum tarikh habis tempoh perisytiharan itu, dan permohonan itu hendaklah—

(a)

dibuat dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pengawal;

(b)

disertakan dengan fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan

(c)

dikemukakan bersama dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Pengawal.

(3b)

Apa-apa permohonan bagi pembaharuan yang dibuat selepas habis tempoh perisytiharan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah tertakluk kepada bayaran surcaj sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(3c)

Tarikh habis tempoh perisytiharan yang diperbaharui di bawah subseksyen (3a) hendaklah dinyatakan dalam perisytiharan.”;

(f)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“badan pelesenan” dengan perkataan “organisasi pengurusan kolektif, atau jika dokumen konstituen pemohon adalah sama atau serupa dengan mana-mana organisasi pengurusan kolektif yang lain”;

(g)

dengan memotong subseksyen (5);

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1645

(h)

dalam subseksyen (6), dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(cc) enggan atau tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 27m;”;

(i)

dalam subseksyen (8)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “persatuan atau pertubuhan” dengan perkataan “orang”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “atau mana-mana badan pelesenan yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (5)”; dan

(j)

dengan memasukkan selepas subseksyen (8) subseksyen yang berikut:

“(9)  Bagi maksud seksyen ini, “pertubuhan perbadanan” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016

[Akta 777].”.