Seksyen 3
Seksyen 3 Akta ibu dipinda—
of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022
(a)
dengan memotong takrif “badan pelesenan”;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “bentuk bahan”
takrif yang berikut:
‘ “entiti yang diberi kuasa” ertinya suatu entiti yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 13(2c);’;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “orang berkelayakan”
takrif yang berikut:
‘ “orang dengan ketidakupayaan cetakan” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai orang kurang upaya di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685]
yang—
(a)
buta;
(b)
kurang penglihatan atau mempunyai ketidakupayaan pengamatan atau tidak berupaya membaca yang tidak boleh diperbaiki untuk memberikan fungsi penglihatan yang secara substantifnya setara dengan seseorang yang tidak mempunyai kekurangan atau ketidakupayaan itu, dan disebabkan kekurangan atau ketidakupayaan itu tidak dapat membaca karya yang bercetak pada tahap yang secara substantifnya sama dengan seseorang yang tidak mempunyai kekurangan atau ketidakupayaan itu; atau
(c)
tidak boleh memegang atau memanipulasi buku atau memberi tumpuan atau menggerakkan mata, pada takat yang biasanya boleh diterima untuk membaca disebabkan ketidakupayaan fizikal;
“organisasi pengurusan kolektif” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diisytiharkan sebagai organisasi pengurusan kolektif di bawah seksyen 27a;’; dan
Hak Cipta (Pindaan)
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “salinan” takrif yang berikut:
‘ “salinan format boleh akses” ertinya salinan suatu karya dalam cara atau bentuk alternatif yang memberikan orang dengan ketidakupayaan cetakan akses kepada karya itu termasuk untuk membenarkan orang dengan ketidakupayaan cetakan mempunyai akses yang sesuai dan selesa sebagaimana seseorang tanpa ketidakupayaan itu bagi kegunaan eksklusifnya;’.
Pindaan seksyen 13