Seksyen 20
Kecualian dan peralihan
of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022
Semua sebutan mengenai “badan pelesenan” di bawah
Akta ibu atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “organisasi pengurusan kolektif”.
(2)
Mana-mana permohonan bagi perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen 27a Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.
(3)
Mana-mana pemohon yang telah diisytiharkan sebagai badan pelesenan di bawah subseksyen 27a(3) Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah diisytiharkan sebagai suatu organisasi pengurusan kolektif bagi tempoh dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
(4)
Apa-apa tindakan di bawah Akta ibu yang dilakukan oleh badan pelesenan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah kekal sah dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, sehingga dipinda, digantikan, ditamatkan atau dibatalkan.