Seksyen 6
Pindaan seksyen 25
of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022
Amendment ActIn forceProvision 6 of 20
Seksyen 6
Seksyen 25 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Jika suatu karya diubah suai ke dalam salinan format boleh akses oleh entiti yang diberi kuasa, orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, ubah suaian itu tidak menjadi pelanggaran kepada subseksyen (2) jika ubah suaian itu perlu untuk menjadikan karya itu dalam suatu salinan format boleh akses.”.
Pindaan seksyen 26a