Seksyen 18
Seksyen baharu 52b
of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 52a seksyen yang berikut:
“Kuasa Penolong Pengawal untuk menghendaki pemberian maklumat 52b. (1) Seksyen ini terpakai jika Penolong Pengawal dalam menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang—
(a)
mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi
Penolong Pengawal di bawah Akta ini; atau
Hak Cipta (Pindaan)
(b)
berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Penolong Pengawal mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong Pengawal di bawah
Akta ini.
(2)
Walau apa pun apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Penolong Pengawal boleh, dengan notis bertulis, mengarahkan mana-mana orang—
(a)
untuk memberi Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1);
(b)
untuk mengemukakan kepada Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik;
(c)
untuk membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)
dan untuk mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu kepada Penolong Pengawal dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;
(d)
jika orang itu seorang individu, untuk hadir di hadapan
Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik;
(e)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan pegawai yang berkaitan dan berkelayakan bagi pertubuhan atau badan itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1645
(f)
jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja perkongsian itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik; atau
(g)
untuk membuat suatu pernyataan kepada Penolong
Pengawal dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu.
(3)
Jika Penolong Pengawal mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2)
dan dokumen itu tiada dalam jagaan orang itu, orang itu hendaklah—
(a)
menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan
(b)
mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.
(4)
Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat lain yang menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
(5)
Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Penolong Pengawal di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.
Hak Cipta (Pindaan)
19